Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), pemunya atau penduduk hendaklah, sebelum racun serangga mula disemburkan—
(a)
mengalih atau menutup semua bahan makanan, pakaian dan barang lain yang mungkin dicemar atau dirosakkan oleh semburan itu;
(b)
memadam semua api dan lidah api di atas premis selama tempoh penyemburan itu;
(c)
mengalih semua bingkai gambar, cermin, almari, tempat menyimpan makanan dan semua perabot daripada dinding dan meninggalkan mereka dalam keadaan yang menyenangkan dinding dan perabot itu disembur dengan racun serangga; dan
(d)
meninggalkan dan menempatkan semua bekas yang hendak digunakan untuk menyimpan air atau yang boleh menyimpan air dalam keadaan yang membolehkannya senang dimasuki untuk memeriksa isinya.
(3)
Seseorang yang enggan, tidak atau cuai melakukan mana-mana perkara di bawah seksyen ini bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Pemeriksaan perubatan terhadap orang yang disyaki dijangkiti penyakit yang dibawa oleh serangga