Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aktiviti pengilangan” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasalnya ertinya membuat, mengubah, mengadun, menghiasi, memperkemas atau dengan cara lain merawat atau menyesuaikan apa-apa barang atau bahan memandangkan penggunaan, penjualan, pengangkutan, penyerahan atau pelupusannya dan termasuklah memasang bahagian dan membaiki kapal tetapi tidak termasuk apa-apa aktiviti yang biasanya berkaitan dengan perdagangan jualan runcit atau jualan borong;

“keluaran” ertinya apa-apa barang, benda, bahan atau perkhidmatan yang dikeluarkan hasil daripada apa-apa aktiviti pengilangan dan termasuklah berbagai jenis keluaran;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 156 6

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti pengilangan;

“Majlis” ertinya Majlis Penasihat Perindustrian yang ditubuhkan di bawah seksyen 11A;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kemajuan perindustrian;

“pegawai pelesenan” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik menjadi pegawai pelesenan di bawah seksyen 3A;

“pengilang” ertinya seseorang yang melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti pengilangan.