/akn/my/act/act/1975/156

AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1975
Sections
28
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 is Malaysia Act, cited as Act 156 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi menyelaraskan dan memajukan dengan teratur aktiviti pengilangan di Malaysia, bagi menubuhkan suatu Majlis Penasihat Perindustrian dan bagi perkara lain yang berkaitan atau yang bersampingan dengannya. [1 Mei 1976, P.U. (B) 248/1976] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“aktiviti pengilangan” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasalnya ertinya membuat, mengubah, mengadun, menghiasi, memperkemas atau dengan cara lain merawat atau menyesuaikan apa-apa barang atau bahan memandangkan penggunaan, penjualan, pengangkutan, penyerahan atau pelupusannya dan termasuklah memasang bahagian dan membaiki kapal tetapi tidak termasuk apa-apa aktiviti yang biasanya berkaitan dengan perdagangan jualan runcit atau jualan borong;

“keluaran” ertinya apa-apa barang, benda, bahan atau perkhidmatan yang dikeluarkan hasil daripada apa-apa aktiviti pengilangan dan termasuklah berbagai jenis keluaran;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 156 6

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti pengilangan;

“Majlis” ertinya Majlis Penasihat Perindustrian yang ditubuhkan di bawah seksyen 11A;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kemajuan perindustrian;

“pegawai pelesenan” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik menjadi pegawai pelesenan di bawah seksyen 3A;

“pengilang” ertinya seseorang yang melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti pengilangan.

Seksyen 3

Lesen dikehendaki bagi aktiviti pengilangan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesiapa yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan.

Pegawai pelesenan hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri

Suggest a correction

Seksyen 3A

Open as pageSuggest a correction

Perdana Menteri boleh melantik mana-mana pegawai awam untuk menjadi pegawai pelesenan bagi maksud Akta ini dan apa-apa pelantikan yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini hendaklah, apabila mula berkuat kuasa, disifatkan telah dibuat di bawah seksyen ini.

Seksyen 4

Permohonan, pengeluaran dan syarat lesen

Open as pageSuggest a correction

(2)

Satu permohonan boleh dibuat bagi satu keluaran atau lebih yang dikilangkan di satu tempat aktiviti pengilangan atau lebih tetapi suatu lesen yang berasingan hendaklah dikeluarkan bagi setiap tempat aktiviti pengilangan.

Penyelarasan Perindustrian 7

Suggest a correction

(3)

Dalam memutuskan sama ada sesuatu permohonan lesen patut diluluskan atau ditolak, pegawai pelesenan hendaklah, menimbangkan sama ada pengeluaran sesuatu lesen selaras dengan matlamat ekonomi dan sosial negara dan akan menggalakkan kemajuan yang teratur bagi aktiviti pengilangan di Malaysia.

Suggest a correction

(4)

Pada mengeluarkan sesuatu lesen, pegawai pelesenan boleh, bagi mencapai matlamat yang disebut terdahulu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan syarat itu boleh diubah sama ada atas permohonan pengilang itu atau atas kehendak pegawai pelesenan sendiri selepas berunding dengan pengilang yang berkenaan dengannya syarat di dalam lesen itu diubah.

Suggest a correction

(5)

Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan hendaklah dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa fi yang ditetapkan.

Pengilang yang sedia ada

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap orang yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti pengilangan boleh terus berbuat demikian tetapi hendaklah, tidak lewat daripada satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon bagi mendapatkan suatu lesen kepada pegawai pelesenan dalam borang yang ditetapkan.

Seksyen 6

Pembatalan lesen

Open as pageSuggest a correction

(a)

tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan dalam lesen itu;

Suggest a correction

(b)

tidak lagi melibatkan diri dalam aktiviti pengilangan yang berkenaan dengannya lesen itu dikeluarkan; atau

Suggest a correction

(c)

telah membuat suatu pernyataan palsu dalam permohonannya untuk mendapatkan lesen itu.

Suggest a correction

(2)

Sebelum menjalankan kuasanya untuk membatalkan sesuatu lesen, pegawai pelesenan boleh meminta pengilang supaya

Undang-Undang Malaysia

AKTA 156 8

menunjukkan, dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan, sebab yang sewajarnya mengapa lesennya tidak patut dibatalkan.

Suggest a correction

(3)

Pegawai pelesenan boleh menahan atau menggantung pembatalan sesuatu lesen jika dia berpuas hati bahawa perbuatan atau peninggalan pada pihak pengilang di bawah subseksyen (1)

telah disebabkan oleh sesuatu yang tidak dapat dikawal olehnya dan ada harapan yang munasabah bagi perbuatan atau peninggalan itu diremedikan dalam sesuatu tempoh yang diarahkan oleh pegawai pelesenan.

Perpindahan hak milik lesen

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), pegawai pelesenan boleh membenarkan sesuatu lesen dipindahkan hak miliknya sekiranya pemegang lesen itu mati, hilang upaya, bankrap, atau dalam hal suatu syarikat, pelikuidasi pemegang lesen atau sekiranya seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang lesen itu atau jika, kerana sesuatu sebab, pegawai pelesenan berpuas hati bahawa tidak adil sekiranya dia tidak membenarkan pemegang lesen itu memindahkan hak milik lesennya.

Suggest a correction

(3)

Permohonan untuk memindahkan hak milik sesuatu lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada pegawai pelesenan.

Pengubahan

Suggest a correction

Seksyen 7A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pengilang boleh menggantung atau memberhentikan pengilangan sesuatu keluaran yang dinyatakan dalam sesuatu lesen selepas memberitahu pegawai pelesenan secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis kepada pegawai pelesenan.

Penyelarasan Perindustrian 9

Mematuhi undang-undang lain

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Pengeluaran sesuatu lesen tidak boleh disifatkan melepaskan pengilang yang kepadanya dikeluarkan suatu lesen daripada mematuhi mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan aktiviti pengilangan yang baginya lesen itu telah dikeluarkan.

Seksyen 9

Penguatkuasaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pada menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, apabila diminta, mengemukakan surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri kepada orang yang terhadapnya dia bertindak di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.

Suggest a correction

(3)

Apabila ternyata pada seseorang Majistret daripada maklumat bertulis yang diberikan dengan sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana bangunan atau tempat ada dikilangkan, disembunyikan, diletakkan atau disimpan apa-apa keluaran, kelengkapan pengilangan atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan terhadap

Akta ini atau terhadap mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya,

Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa yang tersebut namanya dalam waran itu untuk memasuki bangunan atau tempat itu pada waktu siang atau waktu malam dan dengan atau tanpa bantuan dan di situ mencari dan mengambil apa-apa keluaran, kelengkapan pengilangan atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya sesuatu kesalahan disyaki telah dilakukan dan pegawai yang diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu boleh juga mengambil apa-apa buku atau dokumen yang semunasabahnya dipercayai mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan.

Suggest a correction

(4)

Apabila ternyata pada seseorang pegawai yang diberi kuasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana bangunan atau tempat ada dikilangkan,

Undang-Undang Malaysia

AKTA 156 10

disembunyikan, diletakkan atau disimpan apa-apa keluaran, kelengkapan pengilangan atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya dan jika dia ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kelewatan untuk mendapatkan suatu waran geledah, mungkin menyebabkan keluaran, kelengkapan pengilangan atau benda lain itu dipindahkan, pegawai yang diberi kuasa itu boleh menjalankan, di dalam atau pada atau berkenaan dengan bangunan atau tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam subseksyen (3) seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu.

Suggest a correction

(5)

Tiap-tiap pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4) hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis Menteri sebelum menjalankan kuasa tersebut.

Suggest a correction

(6)

Seseorang yang menghalang atau merintangi seseorang pegawai yang diberi kuasa pada menjalankan secara sah apa-apa kuasanya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Penyata atau maklumat lain hendaklah diberikan apabila dikehendaki untuk berbuat demikian melalui notis bertulis

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pengilang yang—

(a)

tidak memberikan dalam masa yang ditentukan apa-apa penyata atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dan dia juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan; atau

Penyelarasan Perindustrian 11

Suggest a correction

(b)

memberikan apa-apa penyata atau maklumat lain yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pengecualian

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh melalui perintah mengecualikan sesuatu aktiviti pengilangan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.

Seksyen 11A

Penubuhan dan keanggotaan Majlis Penasihat Perindustrian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majlis hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri mengikut nama:

(d)

seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri;

Suggest a correction

(e)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi perusahaan utama;

Suggest a correction

(g)

seorang wakil daripada setiap Negeri Sabah dan Sarawak yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Kerajaan Negeri itu;

Suggest a correction

(h)

lima orang ahli yang mewakili institusi perdagangan dan perusahaan perkilangan;

Suggest a correction

(i)

dua orang ahli yang mewakili kepentingan orang yang melibatkan diri dalam aktiviti pengilangan di Negeri Sabah dan Sarawak; dan

Suggest a correction

(j)

mengikut budi bicara Menteri, tidak lebih daripada dua orang ahli lain.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 156 12

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang ahli Majlis yang dilantik di bawah seksyen ini atau seorang ahli gilir yang dilantik di bawah subseksyen 11B(1) tanpa memberikan apa-apa sebab baginya dan jika Menteri berbuat demikian, pembatalan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Pelantikan ahli gilir Majlis

Suggest a correction

Seksyen 11B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Majlis atau jika ahli yang berkenaan dengannya dia dilantik menjadi ahli gilir tidak hadir, seorang ahli gilir hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang ahli Majlis.

Suggest a correction

(3)

Seorang ahli gilir hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, berhenti daripada menjadi ahli gilir apabila ahli yang berkenaan dengannya dia menjadi seorang ahli gilir itu disifatkan telah mengosongkan jawatannya atau selainnya berhenti menjadi ahli Majlis menurut peruntukan Akta ini tetapi tanpa menyentuh ahli gilir itu dilantik sebagai seorang ahli atau dilantik semula sebagai seorang ahli gilir.

Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis dan ahli

Suggest a correction

Seksyen 11C

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai berkenaan dengan

Open as pageSuggest a correction

Majlis itu, ahli dan ahli gilirnya.

Seksyen 12

Kaedah-kaedah

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah secara am untuk melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang disebut terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh—

(a)

memperuntukkan tatacara bagi permohonan dan pengeluaran lesen gantian dan pendua sekiranya sesuatu lesen asal itu hilang, rosak atau binasa;

Penyelarasan Perindustrian 13

Suggest a correction

(b)

menetapkan tatacara bagi rayuan di bawah Akta ini dan fi yang kena dibayar baginya; dan

Suggest a correction

(c)

menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan.

Orang yang terkilan boleh merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(a)

menjadi seorang pemohon bagi pengeluaran suatu lesen terkilan dengan keengganan untuk mengeluarkan lesen itu;

Suggest a correction

(b)

menjadi pemegang suatu lesen terkilan dengan—

Suggest a correction

(i)

pengenaan apa-apa syarat ke atas lesennya;

(ii)

pengubahan, atau keengganan untuk mengubah, mana-mana syarat yang dikenakan ke atas lesennya;

atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

terkilan dengan keengganan untuk meluluskan perpindahan hak milik sesuatu lesen, boleh, dalam tempoh empat puluh lima hari dari tarikh keputusan pegawai pelesenan itu disampaikan kepadanya, merayu kepada

Menteri mengikut cara yang ditetapkan.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh, selepas mendengar rayuan itu, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut dan perintah itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Lesen terus berkuat kuasa sementara menanti keputusan rayuan

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pegawai pelesenan boleh sementara itu menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini berhubung dengan lesen itu atas apa-apa alasan yang tidak diliputi oleh rayuan itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 156 14

Pembatalan hendaklah disiarkan

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sekiranya Menteri membuat suatu perintah untuk membatalkan sesuatu lesen, Menteri hendaklah menyiarkan pembatalan itu melalui pemberitahuan dalam Warta.

Menjadi suatu kesalahan tidak mematuhi atau menguatkuasakan perintah yang dibuat di bawah seksyen 13 15A.

Seseorang yang tidak mematuhi atau menguatkuasakan perintah yang dibuat di bawah subseksyen 13(2), melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan jika orang itu terus melakukan kesalahan itu selepas melakukannya kali pertama, dia juga boleh dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari dia berterusan melakukan kesalahan itu.

Kecualian bagi lesen yang sedia ada

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap lesen yang telah dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 4 sebelum permulaan kuat kuasa Akta Penyelarasan

Perindustrian (Pindaan) 1977 [Akta A401] hendaklah, apabila pindaan itu mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai suatu lesen yang dikeluarkan oleh pegawai pelesenan di bawah Akta ini dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan pada lesen itu.

Seksyen 17

Kuasa untuk mengkompaun kesalahan tertentu

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pegawai pelesenan berniat hendak mengkompaun sesuatu kesalahan, dia hendaklah memberikan notis secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian kepada orang itu dan notis itu hendaklah juga menyatakan—

(a)

tarikh dan tempat berlakunya kesalahan itu dan kesalahan yang dilakukan itu;

Suggest a correction

(b)

jumlah wang yang hendaklah dibayar untuk mengkompaun kesalahan itu; dan

Suggest a correction

(c)

tarikh selewat-selewatnya jumlah wang itu hendaklah dibayar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika orang itu bersetuju supaya kesalahan itu dikompaun, dia hendaklah mengaku melakukan kesalahan itu dan hendaklah membayar jumlah wang yang dinyatakan itu selewat-selewatnya pada tarikh yang dinyatakan dan berikutan dengan itu, pegawai pelesenan hendaklah membuat suatu perintah menyatakan bahawa kesalahan itu telah dikompaun dan perintah itu hendaklah juga, mutatis mutandis, mengandungi butir-butir yang dinyatakan dalam perenggan 2(a), (b) dan (c).

Suggest a correction

(4)

Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini yang mengkompaun sesuatu kesalahan adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan.

Orang yang berkenaan dengannya kesalahan dikompaun tidak boleh didakwa berkenaan dengan kesalahan itu

Suggest a correction

Seksyen 18

Penyelarasan Perindustrian 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 17(3)

hendaklah, apabila dikemukakan di hadapan mana-mana mahkamah, dianggap sebagai bukti tentang berlakunya kesalahan yang dikompaun itu dan tentang perkara lain yang dinyatakan di dalamnya.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 156 16

Liabiliti orang tertentu bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat, perkongsian atau kumpulan orang

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai mengecualikan sesuatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang daripada apa-apa liabiliti bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “syarikat” dan

“perkongsian” hendaklah masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan itu dalam undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat dan perkongsian.

Penyampaian penyata atau maklumat lain, notis, perakuan, keputusan dan perintah

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa penyata atau maklumat lain atau notis, perakuan, keputusan atau perintah yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu (termasuk suatu perkongsian) yang kepadanya ia dialamatkan pada hari berikutan hari yang penyata atau maklumat lain atau notis, perakuan, keputusan

Penyelarasan Perindustrian 17

atau perintah itu sepatutnya telah diterima mengikut perjalanan biasa pos jika ia dialamatkan—

(a)

dalam hal Menteri atau pegawai pelesenan, kepada salah seorang daripada mereka, mengikut kehendak keadaan, di Kementerian;

Suggest a correction

(b)

dalam hal sesuatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang yang mempunyai suatu pejabat berdaftar di Malaysia, kepada pejabat berdaftar itu atau, jika tidak ada pejabat berdaftar seperti itu, kepada tempat utama perniagaan syarikat, perkongsian atau kumpulan itu di Malaysia atau, jika tidak ada tempat perniagaan utama seperti itu di

Malaysia, kepada tempat di mana apa-apa aktiviti lain bagi syarikat, perkongsian atau kumpulan itu dijalankan;

dan

Suggest a correction

(c)

dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir diketahui.

Perakuan pegawai pelesenan menjadi keterangan prima facie tentang perkara tertentu yang dinyatakan dalamnya 21.

Jika dalam prosiding bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, perlu untuk membuktikan bahawa—

Suggest a correction

(a)

mana-mana orang telah atau tidak dilesenkan pada suatu tarikh tertentu;

Suggest a correction

(b)

suatu lesen tertakluk kepada apa-apa syarat khusus;

Suggest a correction

(c)

suatu lesen telah dibatalkan, suatu perakuan secara bertulis yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh pegawai pelesenan itu yang menyatakan bahawa—

Suggest a correction

(i)

orang itu telah atau tidak dilesenkan pada tarikh itu;

(ii)

lesen itu telah dikeluarkan tertakluk kepada suatu syarat khusus;

Suggest a correction

(iii)

lesen itu telah dibatalkan, hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalamnya dan pegawai pelesenan itu tidak boleh diperiksa mengenai kandungan perakuan itu melainkan jika notis tiga hari genap telah disampaikan kepadanya sebelum bermulanya pendengaran

Undang-Undang Malaysia

AKTA 156 18

kes itu tentang niat untuk berbuat demikian dan selanjutnya menyatakan butir-butir yang dimaksudkan untuk dicabar itu:

Dengan syarat bahawa perakuan itu hendaklah disampaikan kepada pihak pembela sekurang-kurangnya sepuluh hari genap sebelum bermulanya pendengaran itu.

Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa penuh

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, sesuatu Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya dan untuk mengaward hukuman penuh baginya.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 11C]

Hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau daripada menjadi ahli Majlis;

mengosongkan jawatan; tempoh jawatan

1. (1) Mana-mana orang yang berikut hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau daripada menjadi ahli Majlis:

(a)

seseorang yang tidak sempurna akal atau kerana apa-apa sebab lain tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya sebagai ahli;

(b)

seseorang yang didapati melakukan suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; dan

(c)

seseorang yang bankrap atau memohon untuk mendapatkan faedah mana-mana undang-undang bagi pelepasan bankrap atau penghutang tidak berkemampuan atau membuat apa-apa perkiraan atau penyelesaian dengan pemiutangnya.

(2)

Seorang ahli Majlis hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya:

(a)

apabila dia mati;

(b)

apabila dia meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan;

(c)

apabila dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran daripada Menteri; atau

(d)

jika dia hilang kelayakan di bawah mana-mana peruntukan subperenggan (1), dan dalam mana-mana keadaan itu, seorang ahli baru hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan Akta ini.

Penyelarasan Perindustrian 19

(3)

Tiap-tiap ahli Majlis hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan layak untuk dilantik semula:

Dengan syarat bahawa seorang ahli baru yang dilantik menurut subperenggan

(2)

hendaklah memegang jawatan selama baki tempoh ahli yang digantikannya tetapi dia layak untuk dilantik semula.

(4)

Peruntukan perenggan ini hendaklah tanpa menjejaskan kuasa Menteri yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 11A(3).

Pertikaian tentang sama ada ahli Majlis disifatkan telah mengosongkan jawatan atau tidak hendaklah dirujuk kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad

2. (1) Apa-apa pertikaian tentang sama ada seorang ahli Majlis disifatkan telah mengosongkan jawatannya atau tidak hendaklah dirujuk kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(2)

Bagi maksud perenggan 1 dan perenggan ini, ungkapan “ahli Majlis”

termasuklah seorang ahli gilir.

Memanggil, korum, mengikut tatacara mengundi dan menyimpan minit mesyuarat Majlis

3. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat dua kali setahun dan hendaklah, sebagai tambahan, bermesyuarat bila-bila sahaja lima orang ahli atau lebih membuat permintaan secara bertulis yang dialamatkan kepada pengerusi supaya Majlis bermesyuarat.

(2)

Sembilan orang ahli hendaklah membentuk suatu korum di mesyuarat

Majlis.

(3)

Jika mengenai sesuatu perkara yang hendak diputuskan oleh Majlis, bilangan undi didapati sama banyaknya, pengerusi atau, jika dia tidak hadir, ahli yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberi undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

(4)

Tertakluk kepada Akta ini, Majlis hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.

(5)

Minit semua mesyuarat Majlis hendaklah disimpan dan salinannya hendaklah dikemukakan kepada Menteri.

Pengerusi, atau jika dia tidak hadir, ahli yang akan dipilih hendaklah mempengerusikan mesyuarat Majlis

4. (1) Pengerusi Majlis hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.

(2)

Jika, oleh sebab tidak hadir atau tidak berupaya untuk bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, pengerusi tidak dapat mempengerusikan

Undang-Undang Malaysia

AKTA 156 20

mana-mana mesyuarat Majlis, ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu dan orang yang dipilih itu boleh menjalankan semua kuasa pengerusi dalam mesyuarat itu.

(3)

Tiada apa-apa urusan boleh dijalankan di mesyuarat Majlis semasa pengerusi tidak hadir sehingga seorang ahli telah dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Bayaran elaun kepada ahli dan ahli gilir Majlis 5.

Tiap-tiap orang ahli dan ahli gilir Majlis boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri.

Penyelarasan Perindustrian 21

Akta 156

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa meminda dari

Akta A401

Akta Penyelarasan Perindustrian 01-02-1978

(Pindaan) 1977

Akta A462

Akta Penyelarasan Perindustrian 15-01-1980

(Pindaan) 1979

P.U. (A) 357/1980

Perintah Akta Mahkamah Rendah 01-06-1981

(Peluasan) 1980

Undang-Undang Malaysia

AKTA 156 22

Akta 156

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk Panjang

Akta A462 15-01-1980 2

Akta A401 01-02-1978

Akta A462 15-01-1980 3A

Akta A462 15-01-1980 4-6

Akta A401 01-02-1978 7

Akta A401 01-02-1978

Akta A462 15-01-1980 7A

Akta A401 01-02-1978 9

Akta A401 01-02-1978 10

Akta A401 01-02-1978

Akta A462 15-01-1980 11A-11C

Akta A462 15-01-1980 12

Akta A401 01-02-1978 13

Akta A401 01-02-1978

Akta A462 15-01-1980 14

Akta A401 01-02-1978

Akta A462 15-01-1980 15

Akta A401 01-02-1978 15A

Akta A462 15-01-1980 16

Akta A401 01-02-1978 17-22

Akta A462 15-01-1980

Common questions

What is AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975?
AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 is Malaysia Act, cited as Act 156 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.
Is AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 still in force?
Yes — AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 is currently in force.
When did AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 take effect?
AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 was first recorded in 1975.
How many sections does AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 have?
AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 contains 26 sections.
Where can I read the official version of AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975?
The official text of AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 is published at lom.agc.gov.my.