Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Permohonan, pengeluaran dan syarat lesen
(2)
Satu permohonan boleh dibuat bagi satu keluaran atau lebih yang dikilangkan di satu tempat aktiviti pengilangan atau lebih tetapi suatu lesen yang berasingan hendaklah dikeluarkan bagi setiap tempat aktiviti pengilangan.
Penyelarasan Perindustrian 7
(3)
Dalam memutuskan sama ada sesuatu permohonan lesen patut diluluskan atau ditolak, pegawai pelesenan hendaklah, menimbangkan sama ada pengeluaran sesuatu lesen selaras dengan matlamat ekonomi dan sosial negara dan akan menggalakkan kemajuan yang teratur bagi aktiviti pengilangan di Malaysia.
(4)
Pada mengeluarkan sesuatu lesen, pegawai pelesenan boleh, bagi mencapai matlamat yang disebut terdahulu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan syarat itu boleh diubah sama ada atas permohonan pengilang itu atau atas kehendak pegawai pelesenan sendiri selepas berunding dengan pengilang yang berkenaan dengannya syarat di dalam lesen itu diubah.
(5)
Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan hendaklah dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa fi yang ditetapkan.
Pengilang yang sedia ada