Malaysia legislation

Section 20

of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) 1976

Seksyen 20

Dengan syarat bahawa—

Walau apa pun kaedah undang-undang atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang agent provocateur tidak boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai semata-mata sebab dia telah bersubahat melakukan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini jika subahat itu semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang yang disubahat itu.