Malaysia legislation
Section 2
of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) 1976
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“alat mengilang” ertinya apa-apa penyuling atau sebahagian daripada sesuatu penyuling untuk mengilang samsu gelap atau apa-apa perkakas atau peralatan lain bagi maksud itu;
“alkohol” ertinya etil alkohol;
6
Undang-Undang Malaysia
“alkohol diubah sifat yang diluluskan” ertinya apa-apa alkohol yang diubah sifat menurut Bahagian VIII dalam Peraturan-Peraturan
Eksais 1962 [P.U. 115/1962] dan diluluskan oleh Ketua Pengarah
Kastam dan Eksais bagi apa-apa maksud yang ditentukan;
“bahan berbahaya” ertinya apa-apa benda—
(a)
yang tidak layak untuk kegunaan manusia; atau
(b)
yang penggunaannya mendatangkan bencana kepada manusia, sebagaimana yang diperakui oleh ahli kimia Kerajaan atau pegawai perubatan Kerajaan;
“gelen” ertinya gelen imperial;
“kapal” ertinya setiap jenis vesel yang digunakan dalam pelayaran di air dan termasuklah apa-apa vesel yang digerakkan sepenuhnya dengan dayung, pengayuh atau galah;
“kebenaran” ertinya apa-apa lesen, permit atau bentuk kuasa lain yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“likuor yang memabukkan” termasuklah apa-apa alkohol atau apa-apa cecair dari apa jua jenis yang mengandungi lebih daripada dua peratus spirit kalis tetapi tidak termasuk apa-apa alkohol diubah sifat yang diluluskan;
“memperdagang”, yang berhubungan dengan samsu gelap, termasuklah melakukan, walaupun pada sekali sahaja, mana-mana daripada perbuatan berikut melainkan di bawah kebenaran sesuatu undang-undang bertulis, iaitu, mengimport, mengeksport, menjual, membeli, menerima, menyimpan, menyembunyi, menstor, memberi, membawa, mengangkut, menghantar, menyampai, mendapatkan, membekal atau mengedar;
“mengilang” dengan perubahan tasrifnya dan ungkapan seasalnya ertinya, berhubungan dengan likuor yang memabukkan, membuat, mengeluar, menyuling, membru, menapai, membotol dan termasuklah menambah apa-apa benda (lain daripada air) kepada likuor itu dan mencampur, menyebati atau dengan cara lain mengubah kandungan likuor itu;
Membaharui Undang-Undang (Penghapusan
Samsu Gelap)
7
“pegawai kanan” ertinya—
(a)
mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor dan ke atas; atau
(b)
mana-mana pegawai kanan kastam yang ditakrifkan sedemikian dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967
[Akta 235];
“pegawai yang berhak” ertinya—
(a)
mana-mana pegawai polis yang dilantik di bawah Akta
Polis 1967 [Akta 344]; atau
(b)
mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan sedemikian dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967, dan termasuklah mana-mana pegawai kanan;
“samsu gelap” ertinya apa-apa likuor yang memabukkan yang telah dikilang tanpa kebenaran;
“spirit kalis” ertinya campuran alkohol dan air suling yang mana pada suhu lima puluh satu darjah Fahrenheit beratnya sebenar dua belas per tiga belas bahagian daripada ukuran air suling yang sama pada suhu yang sama.