Malaysia legislation
Section 4
of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) 1976
Seksyen 4
(a)
memperdagangkan samsu gelap;
(b)
menawar untuk memperdagangkan samsu gelap; atau
(c)
melakukan atau menawar untuk melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud memperdagang samsu gelap.
(2)
Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum—
(a)
*penjara selama suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan tidak kurang daripada empat tahun; dan
(b)
**sebat tidak kurang daripada dua kali.
*CATATAN—Dahulunya “penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada lima tahun dan tidak kurang daripada dua tahun”–lihat Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap)
(Pindaan) 1988 [Akta A711].
**CATATAN—Dahulunya “denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit”–lihat Akta Membaharui
Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Pindaan) 1988 [Akta A711].
†CATATAN—Dahulunya “penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada sepuluh tahun dan tidak kurang daripada empat tahun”–lihat Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu
Gelap) (Pindaan) 1988 [Akta A711].
Membaharui Undang-Undang (Penghapusan
Samsu Gelap)
(3)
Jika samsu gelap, jika ada, yang menjadi hal perkara sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini mengandungi apa-apa bahan berbahaya, pesalah itu hendaklah dihukum—
(a)
†penjara selama suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan tidak kurang daripada tujuh tahun; dan
(b)
(Dipotong oleh Akta A711)
(c)
sebat tidak kurang daripada enam kali.
Milikan samsu gelap