Malaysia legislation
Section 100
Seksyen 100
(a)
tiada merit dalam permohonan atau aduan itu, menolak permohonan atau aduan itu dan memberitahu pengadu dan peguam bela dan peguam cara itu tentang keputusannya;
atau
(b)
ada merit dalam permohonan atau aduan itu —
(i)
menghantar melalui pos atau menyerahkan kepada peguam bela dan peguam cara yang berkenaan suatu salinan permohonan atau aduan itu bersama-sama dengan semua dokumen sokongan, jika ada, yang telah diberikan kepada Lembaga Tatatertib; dan
(ii)
meminta peguam bela dan peguam cara itu memberikan penjelasan bertulisnya dalam empat salinan bersama-sama dengan dokumen sokongan, jika ada, dalam masa empat belas hari dari tarikh permintaan itu atau dalam apa-apa masa yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga
Tatatertib.
(2)
Jika peguam bela dan peguam cara itu tidak memberikan penjelasan bertulisnya kepada Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diminta di bawah subperenggan (1)(b)(ii), Lembaga Tatatertib hendaklah terus melantik suatu Jawatankuasa Tatatertib.
(3)
Jika peguam bela dan peguam cara itu telah memberikan penjelasan bertulisnya kepada Lembaga Tatatertib di bawah subperenggan (1)(b)(ii), Lembaga Tatatertib hendaklah mengkaji semula perkara itu dan —
(a)
jika ia berpuas hati bahawa tiada merit dalam permohonan atau aduan itu, menolak permohonan atau aduan itu dan memberitahu pihak-pihak dengan sewajarnya; atau 134 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
(b)
jika ia masih berpendapat bahawa ada merit dalam permohonan atau aduan itu, terus melantik suatu
Jawatankuasa Tatatertib.
(4)
Walau apa pun subseksyen (2) dan perenggan (3)(b), jika
Lembaga Tatatertib berpendapat bahawa permohonan atau aduan itu boleh diuruskan secara ringkas, Lembaga Tatatertib hendaklah memberikan notis bertulis kepada peguam bela dan peguam cara itu untuk menentukan sama ada peguam bela dan peguam cara itu bersetuju permohonan atau aduan itu diuruskan secara ringkas.
(5)
Jika peguam bela dan peguam cara itu tidak memberikan maklum balas dalam masa empat belas hari dari tarikh notis yang disebut dalam subseksyen (4), Lembaga Tatatertib hendaklah terus melantik suatu Jawatankuasa Tatatertib.
(6)
Jika peguam bela dan peguam cara itu bersetuju supaya permohonan atau aduan itu diuruskan secara ringkas, Lembaga
Tatatertib boleh, setelah menentukan bahawa peguam bela dan peguam cara itu memahami sebab dan akibat permohonan atau aduan itu diuruskan secara ringkas, meneruskan untuk berbuat demikian.
(7)
Selepas menguruskan permohonan atau aduan itu secara ringkas, Lembaga Tatatertib boleh mengenakan satu atau lebih penalti atau hukuman yang berikut:
(a)
menegur atau mencela peguam bela dan peguam cara itu;
(b)
mengenakan suatu denda —
(i)
tidak melebihi lima ribu ringgit ke atas peguam bela dan peguam cara itu jika tiada sebab yang cukup berat wujud bagi suatu siasatan formal; atau
(ii)
tidak melebihi lima puluh ribu ringgit ke atas peguam bela dan peguam cara itu jika peguam bela dan peguam cara itu telah mengaku salah laku itu atau fakta material yang mewujudkan salah laku itu adalah jelas dan tidak mewajarkan siasatan lanjut;
Profesion Undang-Undang 135
(c)
menggantung peguam bela dan peguam cara itu daripada menjalankan amalan atau dalam hal seorang peguam asing, mengesyorkan kepada
Majlis
Peguam penggantungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Lembaga
Tatatertib dalam hal keadaan itu; atau
(d)
memotong peguam bela dan peguam cara itu daripada
Daftarai atau dalam hal seorang peguam asing, mengesyorkan kepada Majlis Peguam pembatalan pendaftarannya.
(8)
Walau apa pun subseksyen (7), Lembaga Tatatertib boleh juga membuat suatu perintah restitusi wang pengadu jika terbukti bahawa wang itu telah atau sedang dipegang oleh peguam bela dan peguam cara itu dalam kapasiti profesionalnya dan pengadu berhak kepada pemulangan wang itu atau sebahagian daripada wang itu.
(9)
Sebelum mengenakan mana-mana satu atau lebih penalti atau hukuman di bawah subseksyen (7) atau membuat suatu perintah restitusi di bawah subseksyen (8), Lembaga Tatatertib hendaklah memberitahu peguam bela dan peguam cara itu tentang niatnya untuk berbuat demikian dan memberikannya peluang yang munasabah untuk didengar.
(10)
Perintah restitusi yang dibuat menurut subseksyen (8)
hendaklah disifatkan sebagai suatu perintah oleh Mahkamah Tinggi dan boleh dikuatkuasakan oleh pengadu dengan sewajarnya.
(11)
Jika peguam bela dan peguam cara tidak bersetuju supaya permohonan atau aduan diuruskan secara ringkas, Lembaga Tatatertib hendaklah terus melantik
Jawatankuasa
Tatatertib menurut seksyen 103A.
(12)
Lembaga Tatatertib boleh, pada mana-mana peringkat selepas suatu permohonan atau aduan diterima, meminta supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau penjelasan lanjut sama ada daripada pengadu atau peguam bela dan peguam cara itu atau kedua-duanya atau daripada mana-mana orang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
136 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
Lembaga Tatatertib, dan pihak-pihak kepada permohonan atau aduan itu hendaklah disediakan dengan dokumen atau penjelasan itu.
(13)
Mana-mana peguam bela dan peguam cara atau mana-mana orang lain yang tanpa alasan yang munasabah enggan atau gagal untuk mengemukakan kepada Lembaga Tatatertib apa-apa dokumen atau gagal untuk memberikan apa-apa maklumat yang ada hubungan atau berkaitan dengan hal perkara aduan itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
(14)
Lembaga Tatatertib boleh, pada mana-mana peringkat siasatan permohonan atau aduan, menentukan bahawa suatu siasatan formal adalah diperlukan dan melantik suatu Jawatankuasa Tatatertib dengan sewajarnya.
(15)
Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang Lembaga
Tatatertib daripada menolak sesuatu permohonan atau aduan pada mana-mana peringkat.