Malaysia legislation

Section 103

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 103

Kesan perintah denda atau restitusi oleh Lembaga Tatatertib

(2)

Suatu denda yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan menjadi hutang yang belum dijelaskan kepada Badan

Peguam Malaysia dan boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil.

Pelantikan Jawatankuasa Tatatertib

103A. (1) Jika—

(a)

Lembaga

Tatatertib memutuskan bahawa suatu

Jawatankuasa Tatatertib patut dilantik;

(b)

seseorang peguam bela dan peguam cara telah disabitkan atas kesalahan pecah amanah jenayah di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574] atau apa-apa kesalahan lain yang melibatkan fraud atau kecurangan;

atau

(c)

peguam bela dan peguam cara itu telah digantung di bawah subseksyen 94(4),

Lembaga Tatatertib hendaklah, dengan secepat yang boleh dilaksanakan, melantik suatu Jawatankuasa Tatatertib.

(2)

Suatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada tiga orang ahli iaitu—

(a)

dua orang peguam bela dan peguam cara; dan

(b)

seorang orang biasa, yang dilantik daripada Panel Jawatankuasa Tatatertib.

 CATATAN—lihat subseksyen 35(1) –

(3)

Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2006 [Akta A1269].

138 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(3)

Lembaga Tatatertib hendaklah pada masa pelantikan suatu

Jawatankuasa

Tatatertib melantik seorang ahli daripada perenggan 2(a) menjadi pengerusi Jawatankuasa Tatatertib itu.

Siasatan oleh Jawatankuasa Tatatertib