Malaysia legislation
Section 103B
Seksyen 103B
(1A)
Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menyimpan suatu nota prosiding siasatan itu dan menyerahkan dapatannya dan nota prosiding itu kepada Lembaga Tatatertib.
(2)
Bagi maksud apa-apa siasatan di bawah subseksyen (1)
Jawatankuasa Tatatertib boleh—
(a)
menghendaki dikemukakan untuk pemeriksaan oleh
Jawatankuasa Tatatertib apa-apa buku, dokumen atau kertas yang ada hubungan atau kaitan dengan hal perkara siasatan itu dan boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan maklumat berhubung dengan buku, dokumen atau kertas itu;
(b)
menghendaki orang yang berkenaan memberikan segala maklumat berhubung dengan mana-mana buku, dokumen atau kertas itu yang mungkin semunasabahnya dikehendaki oleh Jawatankuasa Tatatertib; dan
(c)
menghendaki mana-mana orang yang didapatinya perlu hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan lisan yang berhubungan atau berkaitan dengan hal perkara siasatan itu.
(3)
Mana-mana—
(a)
peguam bela dan peguam cara atau mana-mana orang lain yang, tanpa alasan yang munasabah, enggan atau gagal mengemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk
Profesion Undang-Undang 139
siasatan mana-mana buku, dokumen atau kertas atau gagal memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengannya di bawah perenggan 2(a) atau (b); dan
(b)
orang yang, tanpa alasan yang munasabah, enggan atau gagal hadir memberikan keterangan lisan di bawah perenggan 2(c), melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
(4)
Sebelum Jawatankuasa Tatatertib memulakan pendengarannya berkenaan dengan apa-apa perkara, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menghantar melalui pos atau menyerahkan kepada peguam bela dan peguam cara yang berkenaan—
(a)
suatu salinan apa-apa permohonan atau aduan bertulis dan juga apa-apa akuan berkanun atau afidavit yang telah dibuat bagi menyokong permohonan atau aduan bertulis itu; dan
(b)
suatu notis menjemput peguam bela dan peguam cara yang berkenaan, dalam apa-apa tempoh yang tidak kurang daripada empat belas hari sebagaimana yang dinyatakan dalam notis—
(i)
untuk memberi Jawatankuasa Tatatertib apa-apa penjelasan bertulis yang ingin dikemukakannya yang boleh menjadi tambahan kepada mana-mana penjelasan bertulis terdahulu yang boleh diberikan oleh peguam bela dan peguam cara itu di bawah seksyen 100; dan
(ii)
untuk menasihati Jawatankuasa Tatatertib sekiranya dia ingin didengar oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.
(5)
Jawatankuasa Tatatertib hendaklah membiarkan masa yang ditetapkan dalam notis itu berlalu dan memberi peluang yang munasabah kepada peguam bela dan peguam cara yang berkenaan
140 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
untuk didengar jika dia berhasrat sedemikian dan hendaklah memberi pertimbangan yang wajar kepada apa-apa penjelasan yang mungkin dibuatnya.
Dapatan dan syor Jawatankuasa Tatatertib