Malaysia legislation

Section 103C

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 103C

(a)

bahawa tiada sebab wujud bagi tindakan tatatertib dan bahawa permohonan atau aduan itu ditolak;

(b)

bahawa sebab bagi tindakan tatatertib wujud tetapi tidak cukup berat untuk mewajarkan apa-apa hukuman selain teguran atau celaan atau bahawa hal keadaan adalah sedemikian yang peguam bela dan peguam cara itu cuma patut ditegur atau dicela; atau

(c)

bahawa sebab bagi tindakan tatatertib wujud dan adalah cukup berat untuk mewajarkan peguam bela dan peguam cara itu dikenakan satu atau lebih penalti atau hukuman yang berikut:

(i)

teguran atau celaan;

(ii)

pengenaan suatu denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit;

(iii)

penggantungan peguam bela dan peguam cara itu daripada menjalankan amalan, atau dalam hal seorang peguam asing, syor kepada Majlis Peguam untuk penggantungan pendaftaran, bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tatatertib dalam hal keadaan itu; atau

Profesion Undang-Undang 141

(iv)

pemotongan peguam bela dan peguam cara itu daripada Daftarai atau dalam hal seorang peguam asing, syor kepada

Majlis

Peguam untuk pembatalan pendaftaran peguam asing itu.

(2)

Jawatankuasa Tatatertib boleh dalam hal yang sesuai sebagai tambahan kepada syornya tentang penalti atau hukuman yang sesuai mengesyorkan supaya Lembaga Tatatertib membuat suatu perintah restitusi oleh peguam bela dan peguam cara itu bagi wang pengadu jika dibuktikan bahawa wang itu telah atau sedang dipegang oleh peguam bela dan peguam cara dalam kapasiti profesionalnya dan pengadu berhak kepada pemulangan wang itu atau sebahagian daripada wang itu.

Pertimbangan oleh Lembaga Tatatertib tentang laporan

Jawatankuasa Tatatertib