Malaysia legislation
Section 103E
Seksyen 103E
(a)
menurut subseksyen 94(4);
(b)
di bawah perenggan 100(1)(a), (3)(a) atau subseksyen 100(7),
(8)
atau (15); atau
(c)
di bawah seksyen 103D, hendaklah mempunyai hak untuk merayu kepada Mahkamah Tinggi dalam masa satu bulan dari penerimaan pemberitahuan perintah atau keputusan itu.
(2)
(Dipotong oleh Akta A1444).
(3)
(Dipotong oleh Akta A1444).
(4)
Rayuan itu hendaklah melalui suatu usul pemula yang menyatakan alasan rayuan yang disokong oleh afidavit.
(5)
Apa-apa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan dan kemudiannya kepada
Mahkamah Persekutuan.
(6)
Majlis Peguam boleh mengikut budi bicaranya mencelah pada mana-mana peringkat apa-apa rayuan di bawah seksyen ini.
Profesion Undang-Undang 143
(7)
Lembaga Tatatertib tidak boleh dinamakan sebagai suatu pihak dalam apa-apa rayuan di bawah seksyen ini.
(8)
(Dipotong oleh Akta A1444).
Bantahan terhadap mana-mana keputusan, dsb., selain perintah atau keputusan muktamad yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib
103EA. (1) Jika suatu pihak terkilan dengan mana-mana keputusan, perintah, peraturan atau arahan Jawatankuasa Tatatertib atau Lembaga
Tatatertib, selain suatu perintah atau keputusan muktamad yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib yang disebut dalam seksyen 103E, pihak yang terkilan itu boleh memfailkan bantahan secara bertulis berkenaan dengan mana-mana keputusan, perintah, peraturan atau arahan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib atau Lembaga Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa empat belas hari dari tarikh diberitahu dengan sewajarnya keputusan, perintah, peraturan atau arahan itu.
(2)
Jika bantahan yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan keanggotaan atau penyertaan mana-mana ahli Jawatankuasa Tatatertib atau Lembaga Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam mesyuarat, prosiding atau siasatan di hadapan Jawatankuasa
Tatatertib atau Lembaga Tatatertib, tatacara untuk menguruskan bantahan itu adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini.
(3)
Selepas bantahan yang disebut dalam subseksyen (2)
diuruskan, Jawatankuasa Tatatertib atau Lembaga Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah meneruskan siasatan atau prosiding itu hingga ia selesai.
(4)
Jika bantahan yang dibangkitkan tidak berkaitan dengan perkara yang disebut dalam subseksyen (2), Jawatankuasa Tatatertib atau Lembaga Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan —
(a)
hendaklah membuat apa-apa keputusan, perintah, peraturan atau arahan ke atas bantahan itu sebagaimana yang difikirkannya adil; dan 144 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
(b)
hendaklah meneruskan siasatan atau prosiding itu sehingga ia selesai.
(5)
Jika siasatan atau prosiding yang disebut dalam subseksyen (3)
dan perenggan (4)(b) —
(a)
adalah di hadapan Jawatankuasa Tatatertib, selepas selesai siasatan atau prosiding itu, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah membuat syor kepada Lembaga Tatatertib menurut seksyen 103C; atau
(b)
adalah di hadapan Lembaga Tatatertib, selepas selesai siasatan atau prosiding itu, Lembaga Tatatertib hendaklah membuat perintah atau keputusan menurut seksyen 103D.
(6)
Perintah atau keputusan Lembaga Tatatertib di bawah perenggan (5)(b) hendaklah tidak berkuat kuasa selama tiga puluh hari dari tarikh perintah atau keputusan itu atau bagi apa-apa tempoh yang dibenarkan oleh Mahkamah untuk membolehkan pihak yang terkilan memohon kepada Mahkamah untuk suatu semakan.
(7)
Jika pihak yang terkilan tidak memohon suatu semakan, perintah atau keputusan Lembaga Tatatertib hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja tamat tempoh tiga puluh hari.
(8)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pihak yang terkilan daripada membangkitkan apa-apa bantahan di bawah seksyen ini sebagai alasan dalam rayuan yang difailkan olehnya di bawah seksyen 103E.
Kos terhadap permohonan atau aduan yang remeh atau menyusahkan
103EB. (1)
Jika Lembaga Tatertib —
(a)
menentukan bahawa permohonan atau aduan ditolak di bawah perenggan 100(1)(a) atau (3)(a) atau subseksyen 103D(1); dan
Profesion Undang-Undang 145
(b)
selanjutnya merekodkan pendapat bahawa permohonan atau aduan itu remeh atau menyusahkan, peguam bela dan peguam cara boleh, melalui saman pemula yang didengar di hadapan seorang hakim, meminta supaya Mahkamah memerintahkan kos permohonan atau aduan hendaklah dibayar oleh orang yang membuat permohonan atau aduan itu.
(2)
Selepas mendengar saman itu, Mahkamah boleh menentukan jumlah kos, dan boleh memerintahkan supaya kos itu atau mana-mana bahagian daripada kos itu hendaklah dibayar oleh orang itu.
(3)
Apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah menurut seksyen ini boleh dilaksanakan dengan cara yang sama sebagaimana apa-apa perintah kos yang lain yang dibuat dalam prosiding
Mahkamah.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah