Malaysia legislation

Section 105

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 105

Peguam bela dan peguam cara boleh memohon untuk dikeluarkan namanya daripada Daftarai

(2)

Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat dengan cara usul pemula dan hendaklah disokong dengan afidavit dalam bentuk yang ditetapkan dan hendaklah disampaikan kepada Majlis Peguam tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar.

(3)

Majlis Peguam boleh bagi sebab yang baik menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Majlis

Peguam.

(4)

Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini hendaklah didengar oleh seorang Hakim yang bersidang dalam mahkamah terbuka.

(5)

Tiada perintah boleh dibuat atas sesuatu permohonan di bawah seksyen ini jika Hakim itu berpuas hati bahawa—

(a)

tindakan tatatertib masih belum diputuskan terhadap pemohon itu; atau

(b)

kelakuan pemohon itu ialah perkara yang disiasat di bawah Bahagian ini.

(6)

Selepas mendengar apa-apa permohonan itu Hakim itu boleh membuat perintah—

(a)

mengarahkan Pendaftar memotong nama pemohon itu daripada Daftarai; atau

(b)

menangguhkan pendengaran itu sine die atau kepada apa-apa tarikh yang difikirkan patut dan munasabah oleh

Hakim itu, dan apa-apa perintah yang adil bagi pembayaran kos.

Majlis Peguam hendaklah memberitahu Pendaftar perintah yang bertentangan bagi peguam bela dan peguam cara