Malaysia legislation
Section 107
Seksyen 107
Mahkamah Tinggi boleh memasukkan semula peguam bela dan peguam cara
(2)
Apa-apa permohonan supaya nama seseorang peguam bela dan peguam cara dimasukkan semula dalam Daftarai hendaklah dibuat melalui usul pemula yang disokong dengan afidavit, di hadapan
Mahkamah Tinggi.
(3)
Notis usul itu hendaklah disampaikan kepada Majlis Peguam yang hendaklah diwakili pada waktu usul itu didengar dan hendaklah mengemukakan di hadapan Mahkamah itu suatu laporan yang hendaklah termasuk salinan rekod apa-apa prosiding yang mengakibatkan nama peguam bela dan peguam cara itu dikeluarkan atau dipotong daripada Daftarai dan suatu pernyataan apa-apa fakta yang telah berlaku semenjak nama peguam bela dan peguam cara itu dikeluarkan atau dipotong daripada Daftarai dan yang pada pendapat
Majlis itu atau mana-mana ahlinya adalah berkaitan untuk dipertimbangkan atau disiasat berkenaan dengan permohonan itu.
(4)
(Dipotong oleh Akta A1444).
(5)
Apa-apa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan dan kemudiannya kepada
Mahkamah Persekutuan.
Profesion Undang-Undang 149
Kos bagi prosiding di bawah Bahagian ini