Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 10

Mahkamah Tinggi boleh, menurut budi bicaranya dan tertakluk kepada Akta ini menerima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi—

(a)

mana-mana orang berkelayakan; dan

(b)

mana-mana kerani berartikel yang telah mematuhi seksyen 25:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun yang menjadi orang berkelayakan oleh sebab dia telah lulus peperiksaan akhir bagi ijazah atau kelayakan lain yang menjadikan dia seorang berkelayakan di bawah perenggan (a), (b) atau (c) takrif bagi “orang berkelayakan” dalam seksyen 3 boleh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara sebelum ijazah atau kelayakan lain telah dianugerahkan kepadanya.

Profesion Undang-Undang 23

Kelayakan untuk diterima masuk