Malaysia legislation
Section 111
Seksyen 111
Tiada apa-apa tindakan atau prosiding boleh diambil terhadap
Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib, Badan Peguam
Malaysia, Majlis Peguam atau mana-mana Jawatankuasa Peguam
Negeri atau mana-mana ahlinya kerana apa-apa perbuatan atau sesuatu yang dilakukan di bawah Akta ini termasuklah apa-apa pengumuman atau penyiaran apa-apa keputusan Lembaga Tatatertib melainkan jika dibuktikan kepada Mahkamah bahawa perbuatan atau sesuatu itu telah dilakukan dengan hati yang tidak suci atau dengan niat jahat.