Malaysia legislation
Section 112
Seksyen 112
(a)
membeli atau bersetuju membeli sama ada secara langsung atau tidak langsung sesuatu kepentingan atau apa-apa bahagian daripada kepentingan itu yang merupakan hal perkara kliennya atau hal perkara pihak yang satu lagi dalam guaman, tindakan atau prosiding bertikaian lain yang sama yang dibawa atau hendak dibawa atau disenggarakan; atau
(b)
membuat apa–apa perjanjian yang dengannya dia ditempah atau diguna khidmat untuk menjalankan apa-apa guaman atau tindakan atau prosiding bertikaian lain yang mensyarat atau mencadangkan pembayaran hanya jika guaman, tindakan atau prosiding itu berjaya.
Profesion Undang-Undang 151
(2)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengesahkan di sisi undang-undang apa-apa pembelian atau perjanjian yang dilarang oleh subseksyen (1) atau apa-apa pelupusan, kontrak, penyelesaian, pindahan, penyerahan, urusan atau pindah milik yang tidak sah terhadap—
(a)
Ketua Pengarah Insolvensi di bawah undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan;
(b)
seseorang penyelesai atau penerima di bawah undang-undang yang berhubungan dengan penggulungan syarikat; atau
(c)
pemiutang dalam apa-apa komposisi.
Jawatankuasa Kos Peguam Cara