Malaysia legislation

Section 113

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 113

(a)

Hakim Besar atau seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang dinamakan oleh Hakim Besar (dalam seksyen ini disebut

“Hakim Besar atau nomininya”);

(b)

Peguam Negara atau seorang ahli Jabatan Peguam Negara yang dinamakan oleh Peguam Negara;

(c)

Ketua Pendaftar atau seorang Penolong Kanan Pendaftar yang dinamakan oleh Ketua Pendaftar;

(d)

empat orang peguam bela dan peguam cara yang dinamakan oleh Majlis Peguam.

(2)

Jawatakuasa

Kos

Peguam

Cara hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh Hakim Besar atas permintaan mana-mana daripada ahlinya.

(3)

Jawatankuasa Kos Peguam Cara atau mana-mana empat orang daripada ahlinya (Hakim Besar atau nomininya ialah seorang) boleh

152 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

membuat perintah am menetapkan dan mengawal selia mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut dan munasabah saraan peguam bela dan peguam cara berkenaan dengan urusan bukan bertikaian dan apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh membatalkan atau mengubah apa-apa perintah terdahulu yang dibuat sedemikian.

(4)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, berkenaan dengan cara saraan, menetapkan bahawa ia hendaklah mengikut suatu skala kadar atau komisen atau peratusan, yang berubah-ubah atau tidak bagi berlainan kelas urusan, atau dengan sejumlah wang kasar, atau dengan sejumlah wang tetap bagi setiap dokumen yang disediakan atau diteliti, tidak kira panjangnya, atau dengan apa-apa cara lain, atau sebahagiannya dengan satu cara dan sebahagian lagi dengan suatu cara lain, dan boleh mengawal selia jumlah atau saraan itu dengan merujuk kepada semua atau mana-mana daripada pertimbangan yang berikut, antara lain, pertimbangan:

(a)

kedudukan pihak yang baginya peguam bela dan peguam cara itu bersangkutan dengan urusan itu, sama ada sebagai penjual atau pembeli, pemberi pajak atau pemegang pajak, penggadai janji atau pemegang gadai janji, dan seumpamanya;

(b)

tempat di mana, dan hal keadaan yang urusan atau mana-mana bahagiannya dijalankan;

(c)

jumlah wang modal atau sewa yang berhubung dengan urusan itu;

(d)

kemahiran, kerja dan tanggungjawab yang terlibat pada pihak peguam bela dan peguam cara itu;

(e)

bilangan dan mustahaknya dokumen yang disediakan atau diteliti, tidak kira panjangnya.

(5)

Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh membenarkan dan mengawal selia—

(a)

pengambilan oleh peguam bela dan peguam cara daripada kliennya cagaran, yang ditentukan dengan cara penetapan

Profesion Undang-Undang 153

atau selainnya, bagi pembayaran apa-apa saraan yang mungkin kena dibayar kepadanya di bawah perintah itu;

dan

(b)

pemberian bunga.

(6)

Selagi perintah yang dibuat di bawah seksyen ini berkuat kuasa, penetapan bil kos peguam bela dan peguam cara berkenaan dengan urusan bukan bertikaian hendaklah, tertakluk kepada seksyen 121, dikawal selia oleh perintah itu.

(7)

Seksyen 136 hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.

Peguam bela dan peguam cara boleh membuat perjanjian untuk saraan daripada klien