Malaysia legislation

Section 114

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 114

(2)

Perjanjian itu boleh membuat peruntukan bagi saraan peguam bela dan peguam cara itu dengan sejumlah wang kasar, atau dengan komisen atau peratusan, atau dengan gaji, atau selainnya, dan ia boleh dibuat atas terma bahawa amaun saraan yang dijanjikan di dalam perjanjian itu hendaklah sama ada termasuk atau tidak termasuk semua atau apa-apa perbelanjaan yang dibuat oleh peguam bela dan peguam cara itu berkenaan dengan carian, pelan, perjalanan, setem, fi atau perkara lain.

154 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(3)

Perjanjian itu hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang akan terikat dengannya atau oleh ejennya bagi maksud itu.

(4)

Perjanjian itu boleh dibawa guaman dan didapatkan atau dibatalkan dengan cara dan alasan sama seperti suatu perjanjian yang tidak berhubungan dengan saraan peguam bela dan peguam cara:

Dengan syarat bahawa jika atas apa-apa penetapan kos peguam bela dan peguam cara bergantung pada perjanjian itu dan klien membantah terhadap perjanjian itu atas alasan bahawa ia tidak patut atau tidak munasabah, pegawai penetapan boleh menyiasat fakta itu dan memperakuinya kepada Mahkamah, dan jika atas perakuan itu

Mahkamah berpendapat bahawa perjanjian itu patut dibatalkan, atau jumlah yang kena dibayar di bawahnya patut dikurangkan, Mahkamah boleh memerintahkan supaya perjanjian itu dibatalkan, atau amaun yang kena dibayar itu dikurangkan, dan boleh memberi arahan yang berbangkit yang difikirkan patut dan munasabah oleh Mahkamah.

Peguam bela dan peguam cara berhak mendapatkan kos bagi perundingan daripada penggadai janji