Malaysia legislation

Section 117

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 117

(2)

Sesuatu perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai tidak termasuk apa-apa tuntutan tambahan peguam bela dan peguam cara itu yang lain daripada terma perjanjian berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan, bayaran, caj atau perbelanjaan berhubung dengan penjalanan dan penyelesaian urusan yang berkenaan dengannya perjanjian itu dibuat, kecuali perkhidmatan, fi, caj atau perbelanjaan, jika ada, yang dikecualikan dengan nyata oleh perjanjian itu.

(3)

Tertakluk kepada Bahagian ini, kos bagi seorang peguam bela dan peguam cara dalam apa-apa kes yang ada apa-apa perjanjian yang disebut dalam seksyen 116, tidak tertakluk kepada penetapan dan juga kepada seksyen 124.

(4)

Sesuatu peruntukan dalam mana-mana perjanjian itu yang menyatakan bahawa peguam bela dan peguam cara itu tidak bertanggungan terhadap kecuaian, atau bahawa dia hendaklah dilepaskan daripada apa-apa tanggungjawab yang kepadanya dia tertakluk sebagai peguam bela dan peguam cara jika tidak ada peruntukan itu, tidak sah sama sekali.

Profesion Undang-Undang 157

Menguatkuasakan perjanjian

Section 117 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my