Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 11

(a)

telah mencapai umur lapan belas tahun;

(b)

berkelakuan baik; dan

(i)

tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah yang menjadikannya tidak layak menjadi seorang ahli bagi profesionnya, dan khususnya, tetapi tidak terhad kepada, sesuatu kesalahan melibatkan fraud atau kecurangan;

(ii)

tidak pernah dihukum menjadi bankrap dan tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau peninggalan yang disebut dalam perenggan 33(6)(a),

(b)

, (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360];

(iii)

tidak pernah melakukan apa-apa perbuatan lain yang membolehkan dia dipecat, hilang kelayakan atau digantung daripada menjalankan amalan, jika dia seorang barrister atau peguam cara di England;

(iv)

tidak pernah, atau tidak boleh kena, dipecat, hilang kelayakan atau digantung atas sifatnya sebagai seorang pengamal undang-undang di mana-mana negara lain;

(c)

ialah sama ada seorang warganegara Persekutuan atau seorang pemastautin tetap Malaysia;

(d)

telah menjalani dengan memuaskan di Malaysia tempoh latihan yang ditetapkan bagi orang berkelayakan.

(2)

Mulai 1 Januari 1984, tiada orang berkelayakan boleh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara melainkan jika, sebagai

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

tambahan kepada memenuhi kehendak subseksyen (1), dia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia.

Tempoh latihan orang berkelayakan