Malaysia legislation
Section 121
Seksyen 121
(a)
pihak yang boleh dikenakan kos yang termasuk dalam bil jumlah wang kasar boleh pada bila-bila masa sebelum disampaikan kepadanya suatu writ atau proses pemula lain
Profesion Undang-Undang 161
untuk mendapatkan kos itu dan sebelum tamat tiga bulan dari tarikh bil itu disampaikan kepadanya, meminta peguam bela dan peguam cara itu menyerahkan kepadanya sebagai ganti kos itu suatu bil mengandungi butiran-butiran lengkap, dan dengan itu bil jumlah wang kasar itu tidaklah mempunyai apa-apa kuat kuasa;
(b)
jika sesuatu tindakan dimulakan atas bil jumlah wang kasar, Mahkamah hendaklah, jika diminta oleh pihak yang dikenakan bil itu sebelum tamat satu bulan dari tarikh writ atau proses pemula lain disampaikan kepada pihak itu, memerintahkan supaya bil itu ditetapkan;
(c)
jika suatu bil jumlah wang kasar dirujukkan untuk penetapan, sama ada di bawah seksyen ini atau mana-mana seksyen lain, tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh mana-mana kaedah mahkamah berkenaan dengan penetapan dan peguam bela dan peguam cara itu hendaklah memberi pegawai penetapan itu apa-apa butir mengenai apa-apa kos yang diliputi oleh bil itu sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai penetapan itu.
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi fi yang dibayar kepada seseorang peguam bela dan peguam cara yang diarahkan sebagai seorang peguam kanan.