Malaysia legislation
Section 125
Seksyen 125
Mahkamah boleh membenarkan seseorang peguam bela dan peguam cara untuk memulakan tindakan untuk mendapatkan kosnya dan juga boleh merujukkan bil kosnya untuk ditetapkan oleh Pendaftar, walaupun tempoh satu bulan belum lagi tamat dari penyerahan bil itu, apabila dibuktikan dengan memuaskan hatinya bahawa mana-mana pihak yang ke atasnya kena dipertanggungkan bil itu hampir hendak meninggalkan Malaysia, atau hampir hendak mendapat suatu perintah penerimaan dibuat terhadapnya, atau hampir hendak mengkompaun dengan pemiutangnya atau hampir hendak mengambil apa-apa langkah lain atau melakukan apa-apa perbuatan lain yang pada pendapatnya mungkin mengecewakan atau melambatkan peguam bela dan peguam cara itu mendapatkan bayaran.
Perintah untuk penetapan kos hendaklah dibuat dalam masa 6
bulan dari masa diserahkan bil kos