Malaysia legislation
Section 133
Seksyen 133
Pendaftar boleh membenarkan bunga dikenakan ke atas wang yang dibelanjakan oleh peguam
Pendaftar boleh membenarkan bunga dikenakan ke atas apa-apa kadar dan mulai masa yang difikirkannya adil dan munasabah atas wang yang dibelanjakan oleh seseorang peguam bela dan peguam cara bagi kliennya, dan juga atas wang klien yang ada dalam tangan peguam bela dan peguam cara itu dan yang dipegang olehnya dengan tidak sepatutnya.