Malaysia legislation

Section 139

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 139

Sebagai tambahan kepada apa-apa cara lain untuk mendapatkan dan kepada apa-apa hak, remedi atau kuasa lain yang terletak hak pada

Badan Peguam Malaysia atau Majlis Peguam, apa-apa jumlah wang yang kena dibayar di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh didapatkan oleh Majlis Peguam atau Badan Peguam Malaysia sebagai suatu hutang dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa.