Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 14

Profesion Undang-Undang 25

(2)

Semua Jawatankuasa Peguam Negeri (jika lebih daripada satu)

dalam Negeri yang orang yang memohon untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara menurut seksyen 15 telah menjalani latihannya hendaklah, apabila petisyen orang itu diputuskan untuk didengar, membuat atau menyebabkan supaya dibuat penyiasatan penuh mengenai kelakuan pempetisyen itu dan laporan sulit mengenai hasil penyiasatan itu hendaklah dihantar kepada Hakim

Besar dengan apa-apa ulasan mengenainya yang difikirkan perlu oleh

Majlis Peguam.

(3)

Jika mana-mana laporan yang disebut dalam subseksyen (1)

atau subseksyen (2) tidak menguntungkan pempetisyen, Hakim Besar, jika difikirkannya patut, boleh mengarahkan supaya laporan itu difailkan dalam Mahkamah dan satu salinannya disampaikan kepada pempetisyen dan, tertakluk kepada apa-apa arahan sebagaimana yang boleh diberi oleh Mahkamah, laporan itu bolehlah diambil kira apabila petisyen itu didengar.

(4)

Segala laporan dan perhubungan di bawah seksyen ini diistimewakan secara mutlak.

Petisyen untuk diterima masuk dengan afidavit