Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Jika Peguam Negara, Majlis Peguam atau mana-mana
Jawatankuasa Peguam Negeri bercadang hendak membantah mana-mana petisyen, hendaklah disampaikan kepada pempetisyen itu dan difailkan di Pejabat Pendaftar, dalam masa tidak kurang daripada tiga hari genap atau apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mendengar petisyen itu, suatu notis bantahan yang hendaklah menyatakan secara ringkas alasan bagi bantahan itu.
(3)
Apabila suatu notis bantahan difailkan petisyen itu hendaklah ditetapkan untuk didengar dalam masa satu bulan atau dengan secepat yang mungkin di hadapan seorang Hakim Mahkamah Tinggi.
(4)
Peguam Negara, Majlis Peguam atau Jawatankuasa Peguam
Negeri tidak perlu diwakili apabila sesuatu petisyen itu didengar melainkan jika Peguam Negara, Majlis Peguam atau Jawatankuasa
Peguam Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, bercadang hendak membantah petisyen itu, tetapi tiada perintah boleh dibuat terhadap mana-mana petisyen melainkan jika Mahkamah berpuas hati
Profesion Undang-Undang 29
bahawa petisyen, afidavit dan salinan benar bagi setiap dokumen itu telah disampaikan dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (1).
Memasukkan kaveat menentang penerimaan masuk