Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 17

(2)

Tiap-tiap kaveat di bawah seksyen ini hendaklah dimasukkan di Pejabat Pendaftar dan hendaklah mengandungi nama penuh, pekerjaan dan alamat pengkaveat, suatu pernyataan ringkas tentang alasan bantahannya dan suatu alamat untuk penyampaian notis.

(3)

Jika pada bila-bila masa selepas pempetisyen diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara, bukti diberi dengan memuaskan Mahkamah bahawa mana-mana petisyen, afidavit, sijil atau dokumen lain yang telah difailkan oleh pempetisyen mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan pada bahagian materialnya atau menyembunyikan apa-apa fakta material nama pempetisyen itu boleh dikeluarkan daripada Daftarai.

(4)

Jika seorang peguam bela dan peguam cara telah dikeluarkan daripada Daftarai menurut subseksyen (3), Pendaftar hendaklah apabila apa-apa petisyen dibuat lagi oleh orang itu juga untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara membawa fakta itu kepada pengetahuan Mahkamah dan Mahkamah hendaklah, jika tiada hal keadaan yang khas, enggan meluluskan petisyen yang dibuat lagi itu.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

Penerimaan masuk dalam hal tertentu