Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Tiada seorang pun pengetua boleh mempunyai lebih daripada dua orang kerani berartikel pada satu masa.
(3)
Tiada seorang pun pengetua boleh mengambil atau mengguna khidmat mana-mana kerani berartikel selepas pengetua itu berhenti menjalankan amalan dengan aktif sebagai peguam bela dan peguam cara di Malaysia atau semasa kerani berartikel itu diguna khidmat oleh seorang peguam bela dan peguam cara lain.
Profesion Undang-Undang 33
(4)
Jika mana-mana peguam bela dan peguam cara mengambil seorang kerani berartikel dengan melanggar seksyen ini Lembaga boleh atas usulnya sendiri melepaskan artikel kerani berartikel itu atas apa-apa terma, termasuklah terma tentang pemulangan apa-apa premium, sebagaimana yang difikirkan patut dan munasabah oleh
Lembaga.
Melepaskan kerani kerana tidak layak