Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(2)
Jika Lembaga tidak memutuskan apa-apa permintaan dalam masa enam minggu selepas permintaan itu mula-mula dikemukakan kepadanya, pemohon boleh memohon di bawah seksyen ini seolah-olah permintaan itu telah diputuskan bertentangan dengan permintaannya.
(3)
Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat melalui saman dalam kamar atas petisyen perayu jika dia telah memfailkan suatu petisyen, selainnya, melalui saman pemula; Hakim yang mendengar permohonan itu boleh menurut budi bicaranya menangguh permohonan itu supaya didengar dalam Mahkamah terbuka.
(4)
Tiap-tiap saman dalam kamar atau saman pemula, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disokong dengan keterangan melalui afidavit dan hendaklah disampaikan bersama-sama dengan afidavit itu kepada Lembaga; saman dalam kamar atau saman pemula itu tidak boleh didengar sebelum tamat dua belas hari selepas tarikh ia disampaikan kepada Lembaga.
(5)
Pada masa atau sebelum permohonan itu didengar, Lembaga boleh mengemukakan kepada Hakim suatu laporan sulit mengenai pemohon itu; laporan itu tidak boleh difailkan dalam Mahkamah tetapi suatu salinannya hendaklah diberikan kepada pemohon.
(6)
Sesuatu laporan sulit di bawah seksyen ini terlindung.
(7)
Pada pendengaran itu Hakim boleh menolak permohonan itu atau boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dan munasabah di bawah Akta ini.
(8)
Seorang Hakim yang menjadi seorang ahli Lembaga tidak boleh mendengar apa-apa permohonan di bawah seksyen ini.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
Mendengar Petisyen dan Daftarai
Pendengaran oleh Hakim yang menjadi ahli Lembaga