Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Daftarai peguam bela dan peguam cara
(2)
Nama, berserta dengan tarikh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara bagi tiap-tiap orang yang diterima masuk sedemikian hendaklah dicatatkan dalam Daftarai mengikut susunan tarikh mereka diterima masuk.
(3)
Tiap-tiap orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara hendaklah membayar fi yang ditetapkan dan Pendaftar hendaklah menyerahkan kepadanya suatu surat cara diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara yang ditandatangani oleh
Hakim Besar atau Hakim yang menerima pempetisyen masuk.
(4)
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah seksyen 18.
(5)
Daftarai hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana orang pada waktu pejabat tanpa bayaran.
Profesion Undang-Undang 37
BAHAGIAN IIA
PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENERIMAAN
MASUK SEBAGAI PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA
Kuasa Peguam Negara untuk mengeluarkan Sijil Penerimaan
Masuk Khas