Malaysia legislation

Section 28A

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 28A

(a)

(i)

ialah seorang berkelayakan; atau

(ii)

bukan seorang berkelayakan, tetapi mempunyai suatu kelulusan yang menjadikannya layak untuk menjalankan amalan sebagai seorang barrister, atau sebagai seorang peguam cara, atau sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, atau selainnya sebagai seorang pengamal undang-undang tidak kira dengan nama apa jua dia dikenali atau untuk diambil bekerja sebagai seorang pegawai undang-undang atau kehakiman dalam perkhidmatan mana-mana kerajaan, dalam mana-mana negeri, atau dalam sesuatu bahagian mana-mana negeri, atau dalam mana-mana wilayah atau tempat, di luar Malaysia; dan

(b)

telah menjalankan amalan sebagai seorang barrister, atau sebagai seorang peguam cara atau sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, atau selainnya sebagai seorang pengamal undang-undang tidak kira dengan nama apa jua dia dikenali atau telah diambil bekerja sebagai seorang pegawai undang-undang atau kehakiman oleh mana-mana kerajaan atau oleh mana-mana pihak berkuasa, pertubuhan atau badan, yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, atau telah ada kalanya menjalankan amalan sedemikian atau ada kalanya diambil bekerja sedemikian,

 CATATAN—Bahagian ini mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1999–lihat P.U. (B) 33/1999.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

keseluruhan atau sebahagiannya di dalam Malaysia atau keseluruhan atau sebahagiannya di luar Malaysia, selama tempoh, atau selama tempoh yang jumlahnya beramaun, tidak kurang daripada tujuh tahun.

(2)

Jika Peguam Negara mengeluarkan sesuatu Sijil Penerimaan

Masuk Khas dia hendaklah menyatakan dalamnya tempoh yang orang yang kepadanya Sijil itu dikeluarkan akan diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara.

(3)

Sesuatu Sijil Penerimaan Masuk Khas ialah keterangan konklusif bahawa kehendak perenggan (1)(a) dan (b) telah dipenuhi, dan kesahan Sijil itu tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(4)

Dalam subseksyen (1)—

“kerajaan” termasuklah—

(i)

Kerajaan Malaysia;

(ii)

Kerajaan mana-mana Negeri dalam Malaysia; dan

(iii)

kerajaan mana-mana negara, atau suatu bahagian sesuatu negara, atau sesuatu wilayah atau tempat, di luar Malaysia; dan

“undang-undang” termasuklah—

(i)

undang-undang bertulis sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388];

dan

(ii)

undang-undang mana-mana negara, atau suatu bahagian sesuatu negara, atau sesuatu wilayah atau tempat, di luar

Malaysia.

Profesion Undang-Undang 39

Penerimaan masuk dan pendaftaraian sebagai seorang peguam bela dan peguam cara seseorang yang kepadanya dikeluarkan suatu Sijil Penerimaan Masuk Khas