Malaysia legislation
Section 28E
Seksyen 28E
Peruntukan Bahagian ini atau mana-mana perintah yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang berlawanan atau tidak selaras dengannya yang terkandung dalam mana-mana peruntukan Akta ini selain
Bahagian ini, atau dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan peruntukan Akta ini (selain Bahagian ini) atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain hendaklah dibaca—
(a)
mutatis mutandis dengan peruntukan Bahagian ini dan mana-mana perintah yang dibuat di bawah Bahagian ini; dan
(b)
dengan segala apa-apa jua ubah suaian, penyesuaian, perubahan atau pertukaran yang perlu untuk menjadikannya selaras dengan peruntukan Bahagian ini dan mana-mana perintah yang dibuat di bawah Bahagian ini.