Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(a)
selepas luput lebih daripada dua belas bulan semenjak dia diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara dan jika dia tidak memegang suatu sijil amalan yang sah selama tempoh itu;
(b)
jika dia telah memegang suatu sijil amalan yang tertakluk kepada terma dan syarat pada bila-bila masa dalam masa tiga tahun sebelum sahaja permohonannya;
(c)
selepas luput lebih daripada dua belas bulan semenjak dia memegang suatu sijil amalan yang sah;
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
(d)
selepas Jawatankuasa Tatatertib telah memerintahkan supaya suatu penalti atau kos dibayar olehnya;
(e)
setelah digantung daripada menjalankan amalan atau setelah namanya dikeluarkan, atau dipotong, daripada Daftarai tempoh penggantungan itu telah tamat atau namanya telah dicatatkan semula dalam Daftarai, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(f)
semasa dia masih seorang bankrap yang belum dilepaskan atau semasa suatu perintah penerimaan dalam kebankrapan masih berkuat kuasa terhadapnya;
(g)
setelah dihukum menjadi bankrap dan mendapat pelepasannya atau setelah membuat suatu komposisi dengan pemiutangnya atau suatu surat ikatan perkiraan bagi faedah pemiutangnya;
(h)
selepas suatu perintah komital atau perintah supaya suatu writ penahanan dikeluarkan telah dibuat terhadapnya.
(2)
Dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1), pemohon hendaklah, melainkan jika Hakim atau
Majlis Peguam memerintahkan selainnya, memberi notis kepada
Majlis Peguam tidak kurang daripada empat minggu sebelum permohonannya untuk suatu Sijil Tahunan mengenai tujuannya hendak memohonnya dan Majlis Peguam boleh menurut budi bicaranya—
(a)
mengeluarkan suatu Sijil Tahunan; atau
(b)
memberitahu pemohon bahawa dia dikehendaki membuat suatu permohonan di bawah seksyen 34.
CATATAN—Apa-apa sebutan mengenai istilah “Jawatankuasa Tatatertib” atau “Jawatankuasa
Penyiasatan” dalam Akta ini sebelum ia dipinda dalam tahun 1992 oleh Akta A812 mestilah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai istilah “Lembaga Tatatertib” menurut pindaan itu—lihat Akta Profesion
Undang-Undang (Pindaan) 1992 [Akta A812] s. 2(2).
Profesion Undang-Undang 47
Pemohon hendaklah memohon kepada Mahkamah