Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 35

(2)

Tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam ini boleh menyentuh hak yang dengan ini ditetapkan bagi—

(a)

pegawai undang-undang yang kewajipannya memerlukan mereka berbuat demikian, dan orang berkelayakan yang dilantik untuk sementara bagi menjalankan kewajipan pegawai undang-undang untuk hadir dan bercakap bagi pihak Kerajaan dalam Mahkamah;

(b)

pegawai Perbadanan Amanah Raya, Ketua Pengarah

Insolvensi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, Pengarah

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

Insolvensi, Timbalan Pengarah Insolvensi, Penolong

Pengarah Insolvensi Kanan, Penolong Pengarah Insolvensi dan Pegawai Insolvensi untuk hadir dan bercakap dalam mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan jawatan itu;

(ba) Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau mana-mana orang yang dilantik untuk membantu Ketua Pengarah Bantuan

Guaman di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman 1971

[Akta 26] yang bertindak dalam masa menjalankan kewajipannya; dan

(c)

plider yang sedia ada.

Peguam bela dan peguam cara hendaklah ada nama mereka dalam Daftarai sebelum menjalankan amalan

Section 35 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my