Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 36

(2)

Seseorang Hakim, boleh atas permohonan yang dibuat dalam

Kamar oleh seorang Pengajar pada masa bermulanya latihan pelatih

Pengajar itu, membuat suatu perintah yang membenarkan pelatih itu hadir bagi pihak Pengajar atau firma yang Pengajar itu sedang menjalankan amalan—

(a)

sepanjang tempoh tiga bulan dari tarikh perintah itu—

(i)

di hadapan Hakim atau Pendaftar Mahkamah

Tinggi, dalam Kamar;

(ii)

di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen atau

Majistret, dalam Kamar;

Profesion Undang-Undang 49

(iii)

di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah, untuk menyebut kes, termasuk mencatatkan penghakiman ingkar, atau memohon jaminan atau mengambil penghakiman persetujuan atau perintah; dan

(b)

pada masa tamatnya tempoh tiga bulan tersebut dalam kamar di Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rendah dan di hadapan mana-mana Majistret, untuk menjalankan apa-apa guaman atau perkara.

(3)

Hakim hendaklah membuat perintah yang disebut dalam subseksyen (2) jika difikirkannya patut dan munasabah untuk berbuat demikian dengan syarat sentiasanya bahawa kedua-dua Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri telah disampaikan permohonan itu dan telah mendapat peluang didengar mengenai permohonan itu.

(4)

Tempoh latihan hendaklah bermula pada tarikh pemfailan petisyen yang disebut dalam subseksyen 15(5).

(5)

Pengajar pelatih, Majlis Peguam atau Jawatankuasa Peguam

Negeri boleh memohon pada bila-bila masa di sepanjang latihan seseorang pelatih kepada mana-mana Hakim dalam Kamar untuk mendapatkan perubahan atau pembatalan perintah yang disebut dalam subseksyen (2) dan Hakim hendaklah atas permohonan itu membuat apa-apa perintah yang dalam segala hal keadaan didapatinya adalah untuk kepentingan utama profesion itu.

(6)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang seseorang pegawai undang-undang daripada menjalankan apa-apa tugasnya tanpa memegang suatu sijil amalan atau menjadikan seorang pegawai undang-undang yang tidak mempunyai sijil amalan yang sah sebagai orang tidak diberi kuasa.

Tiada orang tidak diberi kuasa boleh bertindak sebagai peguam bela dan peguam cara