Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 37

(a)

bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau ejen bagi mana-mana pihak kepada prosiding atau atas apa-apa sifat, selain sebagai suatu pihak kepada suatu tindakan yang baginya dia sendiri suatu pihak, memohon serta mendapatkan apa-apa writ, saman atau proses, atau memulakan, meneruskan, memujuk rayu atau membela apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain atas nama mana-mana orang lain dalam mana-mana Mahkamah di

Malaysia atau membuat atau menyediakan apa-apa surat cara yang berhubungan dengan apa-apa prosiding dalam mana-mana Mahkamah itu; atau

(b)

bersengaja atau secara palsu berpura-pura, atau mengambil atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihal yang membayangkan bahawa dia berkelayakan atau diberi kuasa dengan sempurna untuk bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau bahawa dia diiktiraf oleh undang-undang sebagai berkelayakan atau diberi kuasa sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan (2A), mana-mana orang tidak diberi kuasa yang sama ada secara langsung atau secara tidak langsung—

(a)

membuat atau menyediakan apa-apa dokumen atau surat cara yang berhubungan dengan apa-apa harta tak alih atau yang berhubungan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau apa-apa amanah; atau

(b)

mengambil arahan untuk atau membuat atau menyediakan apa-apa dokumen untuk mengasaskan atau menentang suatu pemberian probet atau surat kuasa mentadbir; atau

(c)

membuat atau menyediakan apa-apa dokumen atau surat cara yang berhubungan dengan memperbadankan atau menubuhkan suatu syarikat berhad; atau

Profesion Undang-Undang 51

(d)

bagi pihak suatu pihak menuntut atau seorang yang mengatakan dirinya sebagai mempunyai tuntutan atas suatu hak di sisi undang-undang menulis, menyiarkan atau menghantar suatu surat atau notis yang mengugut hendak mengambil prosiding undang-undang selain suatu surat atau notis menyatakan bahawa perkara itu akan diserahkan kepada seorang peguam bela dan peguam cara bagi prosiding undang-undang; atau

(e)

memujuk rayu hak untuk berunding, atau berunding dengan apa-apa cara pun bagi penyelesaian, atau menyelesaikan, apa-apa tuntutan yang terbit daripada kecederaan diri atau kematian dan yang berasaskan hak di sisi undang-undang atau selainnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa perbuatan itu telah dilakukan bukan untuk atau dengan harapan untuk mendapat apa-apa fi, keuntungan atau hadiah, melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen ini.

(2A)

Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang melakukan atau memujuk rayu hak untuk melakukan apa-apa perbuatan yang lazimnya dalam fungsi atau tanggungjawab seorang peguam bela dan peguam cara, termasuklah tetapi tidak terhad kepada memberikan nasihat tentang undang-undang, sama ada undang-undang Malaysia atau selainnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa perbuatan itu telah dilakukan bukan untuk atau dengan harapan untuk mendapat apa-apa fi, keuntungan atau hadiah, melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen ini.

(2B)

Subseksyen (2A) tidaklah terpakai bagi peguam asing yang —

(a)

telah diberi kuasa dengan sempurna atau didaftarkan untuk menjalankan amalan undang-undang di suatu negara atau wilayah selain Malaysia; dan

(b)

memasuki Malaysia untuk menasihati atau merundingi anak guam tentang perkara berkenaan dengan undang-undang yang tidak melibatkan apa-apa aspek undang-undang Malaysia, dengan syarat bahawa tempoh

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

terkumpul peguam asing itu tinggal tidak boleh melebihi enam puluh hari jumlahnya dalam mana-mana satu tahun kalendar dan kebenaran imigresen bagi setiap tempoh dia tinggal hendaklah diperoleh terlebih dahulu.

(3)

Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang menawarkan atau bersetuju meletakkan untuk kegunaan mana-mana orang lain perkhidmatan seseorang peguam bela dan peguam cara melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen ini:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yang menawarkan atau bersetuju meletakkan untuk kegunaan mana-mana orang lain perkhidmatan seseorang peguam bela dan peguam cara menurut suatu kontrak tanggung rugi atau insurans yang sah.

(4)

Tiap-tiap orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), (2A) atau (3) boleh, apabila disabitkan, bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau jika tidak membayarnya dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(5)

Apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan yang jika dilakukan oleh seseorang akan menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) atau yang berkeadaan atau yang dilakukan sedemikian hingga boleh dikira sebagai membayangkan bahawa pertubuhan perbadanan itu berkelayakan, atau diiktiraf oleh undang-undang sebagai berkelayakan, untuk bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan pertubuhan perbadanan itu boleh, apabila disabitkan, bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali kemudiannya didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit dan jika perbuatan itu dilakukan oleh seorang pengarah, pegawai atau pekhidmatnya maka pengarah, pegawai atau pekhidmat itu boleh, tanpa menyentuh tanggungan pertubuhan perbadanan itu, dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalam subseksyen (4).

Profesion Undang-Undang 53

(6)

Jika mana-mana firma melakukan suatu perbuatan yang jika dilakukan oleh seseorang akan menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) tiap-tiap anggota firma itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa dia tidak tahu tentang perbuatan itu dilakukan.

(7)

Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan berhubung dengan suatu prosiding yang dicadangkan atau dibawa dalam Mahkamah Tinggi dan perbuatan itu merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, orang itu juga melakukan kesalahan menghina Mahkamah yang dalamnya prosiding itu dicadangkan atau dibawa dan boleh dihukum dengan sewajarnya tidak kira sama ada dia didakwa bagi kesalahan itu atau tidak.

Seksyen 36 dan 37 tidak terpakai bagi prosiding timbang tara