Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 38

Seksyen 36 dan 37 tidaklah terpakai bagi —

(a)

Peguam Negara atau Peguam Cara Negara atau mana-mana orang lain yang bertindak di bawah kuasa salah seorang daripada mereka;

(b)

pegawai Perbadanan Amanah Raya, Ketua Pengarah

Insolvensi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, Pengarah

Insolvensi, Timbalan Pengarah Insolvensi, Penolong

Pengarah Insolvensi Kanan, Penolong Pengarah Insolvensi dan Pegawai Insolvensi yang bertindak dalam masa menjalankan kewajipan mereka di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan jawatan mereka;

(ba) Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau mana-mana orang yang dilantik untuk membantu Ketua Pengarah Bantuan

Guaman di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman 1971

yang bertindak dalam masa menjalankan kewajipannya;

(c)

mana-mana pegawai awam lain yang membuat atau menyediakan surat cara dalam masa menjalankan kewajipannya;

(d)

mana-mana orang yang bertindak sendiri untuk dirinya sahaja dalam apa-apa perkara atau prosiding yang dia ialah suatu pihak kepadanya atau yang bertindak semata-mata bagi sesuatu syarikat atau pertubuhan yang dengannya dia berkhidmat sebagai seorang pekerja bergaji sepenuh masa dalam apa-apa perkara atau prosiding yang syarikat atau pertubuhan itu ialah suatu pihak, tetapi orang itu tidak berhak untuk mewakili syarikat atau pertubuhan itu di dalam

Mahkamah atau di dalam Kamar atau mengaku saksi dokumen bagi pihak syarikat atau pertubuhan itu yang dikehendaki diaku saksi oleh seorang peguam bela dan peguam cara;

Profesion Undang-Undang 55

(e)

mana-mana pekerja bona fide dan sepenuh masa bagi suatu syarikat insurans yang merundingkan penyelesaian atau yang menyelesaikan suatu tuntutan yang dibuat atau dicadangkan terhadap mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan dalam hal jika tuntutan yang timbul daripada kecederaan diri atau kematian itu berhubung dengan sesuatu risiko yang diinsuranskan oleh syarikat insurans itu;

(f)

(Dipotong oleh Akta A1456);

(g)

mana-mana anggota sepenuh masa daripada kakitangan akademik suatu Fakulti Undang-Undang yang bertindak semata-mata atas sifat penasihat dengan arahan daripada seorang peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan;

(h)

mana-mana akauntan yang membuat atau menyediakan dokumen dalam menjalankan profesionnya;

(i)

apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Timbang Tara

Perusahaan atau Mahkamah Syariah;

(j)

mana-mana orang yang semata-mata diguna khidmat untuk menulis sesuatu surat cara atau prosiding;

(k)

mana-mana juruaudit syarikat yang diluluskan yang membuat atau menyediakan apa-apa surat cara yang disebut dalam perenggan 37(2)(c) atau yang dia diberi kuasa membuatnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat;

(l)

mana-mana ejen yang diberi kuasa dengan sempurna hingga memuaskan hati Pendaftar Cap Dagangan yang membuat atau menyediakan dokumen mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan cap dagangan;

(m)

mana-mana pekerja sepenuh masa bagi seseorang peguam bela dan peguam cara yang membuat atau menyediakan apa-apa dokumen di bawah kuasa seseorang peguam bela

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

dan peguam cara yang menjalankan amalan dan bagi maksud majikannya.

(2)

Perkataan “dokumen” dan “surat cara” dalam seksyen 37 tidak termasuk sesuatu wasiat atau dokumen perwasiatan lain.

Surat cara dan dokumen hendaklah diendors