Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“Badan Peguam Malaysia” dan “Badan Peguam” ertinya pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 41;
“Daftar Pengamal” ertinya daftar tahunan yang disimpan oleh
Pendaftar di bawah seksyen 31;
“Daftarai” ertinya Daftarai peguam bela dan peguam cara Mahkamah
Tinggi yang disimpan oleh Pendaftar di bawah seksyen 28;
“Fakulti Undang-Undang” ertinya Fakulti Undang-Undang sesuatu
Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971 [Akta 30], Fakulti Undang-Undang Universiti
Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti
Teknologi MARA 1976 [Akta 173] dan Kuliyyah Undang-Undang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang ditubuhkan menurut
Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“Jawatankuasa Peguam” ertinya suatu Jawatankuasa Peguam yang dipilih di bawah seksyen 70;
“Jawatankuasa Kaedah” ertinya Jawatankuasa Kaedah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan diberi kuasa untuk membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia tatacara dalam Mahkamah Tinggi;
“Jawatankuasa Kos Peguam Cara” ertinya Jawatankuasa Kos
Peguam Cara yang ditubuhkan di bawah seksyen 113;
CATATAN— Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
m.b.p 31 Januari 2017.
Profesion Undang-Undang 17
“klien” termasuklah—
(a)
berhubung dengan urusan bertikaian, mana-mana orang yang sebagai prinsipal atau bagi pihak seorang lain menempah atau mengguna khidmat seseorang peguam bela dan peguam cara dan mana-mana orang yang bertanggungan atau mungkin bertanggungan membayar kos peguam cara;
(b)
berhubung dengan urusan bukan bertikaian, mana-mana orang yang sebagai prinsipal atau bagi pihak seorang lain, atau sebagai seorang pemegang amanah, wasi atau pentadbir, atau atas apa-apa sifat lain, mempunyai kuasa yang nyata atau tersirat, untuk menempah atau mengguna khidmat, dan menempah atau mengguna khidmat, seseorang peguam bela, dan peguam cara, dan mana-mana orang yang pada masa ini bertanggungan membayar kepada seorang peguam bela dan peguam cara bagi perkhidmatan dan kosnya;
“kerani berartikel” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 20;
“kos” termasuklah fi, caj, bayaran ganti, belanja dan saraan;
“Kumpulan Wang Pampasan” dan “Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang disenggarakan dan ditadbirkan mengikut seksyen 80;
“Lembaga” ertinya Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang Hakim
Mahkamah Tinggi apabila bersidang dalam Mahkamah terbuka, dan
“Hakim” ertinya Hakim Mahkamah Tinggi yang bersidang dalam
Kamar;
“Majlis Peguam” dan “Majlis” ertinya majlis pusat Badan Peguam
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 47;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
“Menteri”
ertinya
Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang;
“orang berkelayakan” ertinya mana-mana orang yang—
(a)
telah lulus peperiksaan akhir yang membawa kepada ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya,
Universiti Malaya di Singapura, Universiti Singapura atau
Universiti Kebangsaan Singapura;
(b)
merupakan seorang barrister-at-law England; atau
(c)
mempunyai apa-apa kelayakan lain sebagaimana yang diisytiharkan oleh Lembaga melalui pemberitahuan dalam
Warta sebagai cukup untuk menjadikan seseorang itu orang berkelayakan bagi maksud Akta ini;
“Ordinan” ertinya Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947
[M.U. 4 tahun 1947];
“pegawai undang-undang” ertinya seorang berkelayakan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
“peguam bela dan peguam cara”, dan “peguam cara” jika konteksnya menghendaki ertinya seseorang peguam bela dan peguam cara
Mahkamah Tinggi yang diterima masuk sebagai peguam dan didaftaraikan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Mahkamah Tinggi dan termasuklah
Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong
Pendaftar;
“Peperiksaan
Kelayakan
Bahasa
Malaysia”
ertinya suatu peperiksaan yang dijalankan oleh Lembaga atau orang lain yang dilantik oleh Lembaga bagi maksud itu;
“plider” ertinya seorang plider yang berhak menjalankan amalan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;
Profesion Undang-Undang 19
“sijil amalan” ertinya sijil yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 29;
“Sijil Tahunan” ertinya sijil yang dikeluarkan oleh Majlis di bawah seksyen 32;
“urusan bertikaian” ertinya urusan yang dijalankan oleh seorang peguam bela dan peguam cara, dalam atau bagi maksud prosiding yang dimulakan di hadapan suatu mahkamah keadilan, tribunal, lembaga, suruhanjaya, majlis, badan berkanun atau seorang penimbang tara.