Malaysia legislation
Section 40A
Seksyen 40A
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“bidang amalan yang dibenarkan” ertinya bidang amalan guaman yang ditetapkan;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Majlis Peguam melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
“firma guaman asing” ertinya suatu firma guaman asing yang memberikan perkhidmatan undang-undang dalam undang-undang asing dan termasuk suatu perbadanan yang ditubuhkan dengan sewajarnya bagi maksud menjalankan amalan undang-undang ditubuhkan atau dilesenkan untuk memberi perkhidmatan undang-undang oleh pihak berkuasa pelesenan yang berkenaan suatu negara atau wilayah selain Malaysia;
“firma guaman asing berkelayakan” ertinya suatu firma guaman asing yang dilesenkan di bawah seksyen 40G;
“peguam asing” ertinya seseorang yang —
(a)
telah diberi kuasa dengan sewajarnya atau didaftarkan untuk menjalankan amalan undang-undang di suatu negara atau wilayah selain Malaysia; dan
(b)
merupakan rakan kongsi, pengarah (yang memegang ekuiti di dalam suatu perbadanan, dalam hal suatu perbadanan yang ditubuhkan dengan sewajarnya bagi maksud menjalankan amalan undang-undang) atau merupakan pekerja suatu firma guaman asing atau firma guaman Malaysia;
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
“perkongsian antarabangsa” ertinya suatu perkongsian atau apa-apa perkiraan yang lain antara suatu firma guaman asing dengan firma guaman Malaysia yang berkenaan dengannya suatu lesen telah diberikan di bawah seksyen 40F;
“undang-undang asing” ertinya undang-undang mana-mana negara atau wilayah selain Malaysia.
Lesen dikehendaki bagi firma guaman asing