Malaysia legislation

Section 40H

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 40H

(2)

Setelah menerima suatu permohonan, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.

(3)

Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa Pemilihan, membenarkan atau menolak permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(4)

Mana-mana firma guaman Malaysia yang mengguna khidmat peguam asing dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Penggantungan atau pembatalan lesen