Malaysia legislation
Section 40I
Seksyen 40I
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu lesen di bawah Bahagian ini hendaklah digantung atau dibatalkan jika —
(a)
pihak berkuasa pelesenan yang berkenaan suatu negara atau wilayah selain Malaysia menggantung atau membatalkan lesen firma guaman asing dalam suatu perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan akibat daripada prosiding jenayah, sivil atau tatatertib;
(b)
terdapat apa-apa perubahan berkenaan dengan apa-apa maklumat tentang firma guaman asing tersebut yang telah dikemukakan bagi maksud mendapatkan lesen perkongsian antarabangsa atau lesen firma guaman asing berkelayakan termasuklah tetapi tidak terhad kepada —
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
(i)
perubahan apa-apa nama perkongsian antarabangsa tanpa kelulusan terdahulu Majlis Peguam;
(ii)
penggabungan perkongsian antarabangsa dengan mana-mana firma atau pertubuhan perbadanan lain;
atau
(iii)
perubahan sehingga setengah (1/2) bilangan pekongsi dalam mana-mana perkongsian antarabangsa;
(c)
perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu gagal untuk mematuhi mana-mana kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
(d)
firma guaman asing dalam perkongsian antarabangsa itu atau firma guaman asing berkelayakan itu dibubarkan atau dalam likuidasi atau firma guaman Malaysia dalam perkongsian antarabangsa itu dibubarkan;
(e)
perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu gagal untuk mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan ke atas lesennya;
(f)
perkongsian antarabangsa itu telah ditubuhkan semula tanpa kelulusan Majlis Peguam; atau
(g)
perkongsian antarabangsa itu dibubarkan atas apa-apa jua sebab.
(3)
Perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan itu hendaklah memberitahu Majlis Peguam tentang berlakunya mana-mana peristiwa yang disebut dalam subseksyen (2)
sebaik sahaja mereka mengetahuinya.
(4)
Sesuatu lesen tidak boleh digantung atau dibatalkan tanpa perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu
Profesion Undang-Undang 65
diberi peluang munasabah untuk membuat rayuan kepada Majlis
Peguam.
Pendaftaran peguam asing untuk menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia