Malaysia legislation

Section 40K

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 40K

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), pendaftaran peguam asing di bawah Bahagian ini hendaklah digantung atau dibatalkan jika —

(a)

lesen perkongsian antarabangsa atau lesen firma guaman asing berkelayakan yang dikeluarkan berkenaan dengan perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 40I;

(b)

peguam asing itu melanggar mana-mana peruntukan yang berhubungan dengan permit kerjanya atau apa-apa undang-undang imigresen yang berkenaan di Malaysia;

(c)

peguam asing yang diguna khidmat dalam suatu firma guaman Malaysia tidak lagi diberi kuasa dengan sempurna atau didaftarkan untuk menjalankan amalan undang-undang di suatu negara atau wilayah selain

Profesion Undang-Undang 67

Malaysia akibat daripada prosiding jenayah, sivil atau tatatertib; atau

(d)

peguam asing itu telah didapati bersalah oleh Lembaga

Tatatertib atas apa-apa salah laku tatatertib dan Lembaga

Tatatertib telah mengesyorkan penggantungan atau pembatalan pendaftaran peguam asing itu.

Kelakuan profesional, etika dan akaun

Section 40K — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my