Malaysia legislation

Section 40O

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 40O

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah bagi memperuntukkan —

(a)

syarat-syarat dan kriteria bagi pemberian lesen perkongsian antarabangsa, lesen firma guaman asing berkelayakan atau lesen di bawah seksyen 40H dan bagi pendaftaran peguam asing di bawah seksyen 40J;

(b)

cara dan langkah bagi permohonan dan maklumat dan dokumen untuk diberikan bagi permohonan untuk lesen perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan dan lesen di bawah seksyen 40H, termasuklah tetapi tidak terhad kepada borang, prosiding, fi, maklumat dan dokumen yang berkaitan dengannya;

(c)

syarat-syarat yang berhubungan dengan kelayakan kemahiran undang-undang, pengalaman dan kepakaran yang dikehendaki di bawah Bahagian ini;

(d)

cara dan langkah bagi permohonan untuk pendaftaran peguam asing termasuklah tetapi tidak terhad kepada borang, prosiding, fi, maklumat dan dokumen yang berkaitan dengannya;

(e)

pengemukaan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan firma guaman asing, peguam dan orang lain yang menjalankan amalan dalam atau diguna khidmat oleh firma guaman asing;

(f)

penyenggaraan daftar bagi perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan, firma guaman Malaysia yang mengguna khidmat peguam asing di bawah

Profesion Undang-Undang 69

seksyen 40H, peguam asing yang menjalankan amalan di

Malaysia dan peguam Malaysia yang menjalankan amalan di dalam perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan di bawah Bahagian ini dan bentuk dan cara daftar itu hendak disimpan;

(g)

bidang amalan yang dibenarkan;

(h)

cara dan langkah bagaimana sesuatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 40H boleh menjalankan urusan atau membuat publisiti mengenai dirinya;

(i)

pengecualian mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana peruntukan Bahagian ini; dan

(j)

apa-apa perkara lain bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini.