Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(a)
untuk mempertahankan keadilan tanpa mengira kepentingan sendiri atau kepentingan ahlinya, tidak terpengaruh oleh perasaan takut atau kasihan;
(b)
untuk memelihara dan meninggikan lagi standard kelakuan dan pengajaran profesion undang-undang di Malaysia;
(c)
untuk memudahkan ahli profesion undang-undang dan lain-lain memperoleh pengetahuan undang-undang;
(d)
jika diminta berbuat demikian, untuk menyatakan pendapatnya atas perkara yang melibatkan perundangan dan pentadbiran dan amalan undang-undang di Malaysia;
(e)
untuk mewakili, melindungi dan menolong ahli profesion undang-undang di Malaysia dan memajukan dengan apa-apa cara yang wajar kepentingan profesion undang-undang di
Malaysia;
(f)
untuk menubuhkan perpustakaan dan memperoleh atau menyewa premis bagi menempatkan perpustakaan dan pejabat Badan Peguam Malaysia atau kemudahan bagi kegunaan anggota sama ada bersendiri atau bersama dengan mana-mana badan atau pertubuhan lain;
(g)
untuk melindungi dan menolong orang ramai dalam semua perkara yang menyentuh, berkaitan atau bersampingan dengan undang-undang;
(h)
untuk membuat peruntukan bagi atau menolong menganjurkan suatu skim yang orang yang tiada berwang boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara;
(i)
untuk memberi hadiah dan biasiswa dan menubuhkan dan mensubsidi pensyarahan di institut pendidikan dalam perkara pengajian yang berhubungan dengan undang-undang;
Profesion Undang-Undang 71
(j)
untuk memberi bantuan wang atau bantuan lain kepada mana-mana persatuan, institut, lembaga atau pertubuhan di
Malaysia demi kepentingan profesion undang-undang atau demi kepentingan pelajar undang-undang;
(k)
untuk memberi bantuan wang atau bantuan lain kepada ahli atau bekas ahli Badan Peguam Malaysia dan kepada isteri, balu, anak dan orang tanggungan lain, sama ada bagi ahli, bekas ahli atau ahli yang telah mati yang memerlukan apa-apa bantuan itu;
(l)
untuk memajukan hubungan baik dan pergaulan sosial di kalangan ahli dan antara ahli dengan orang lain yang terlibat dalam pentadbiran undang-undang dan keadilan di Malaysia;
(m)
untuk menggalakkan, mengadakan dan memelihara hubungan baik dengan badan profesional bagi profesion undang-undang di negara lain dan mengambil bahagian dalam aktiviti mana-mana persatuan tempatan atau antarabangsa dan menjadi ahlinya; dan
(n)
untuk menubuhkan suatu Kumpulan Wang Pampasan.
(2)
Sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang diberikan oleh Akta ini, Badan Peguam Malaysia boleh—
(a)
membeli atau memajak mana-mana tanah atau bangunan yang dikehendaki bagi apa apa maksud Badan Peguam
Malaysia;
(b)
menjual, menyerahkan balik, memberi, memajakkan, bertukar-tukar atau mengubah mana-mana tanah atau bangunan sebagaimana yang didapati amat sesuai atau berfaedah;
(c)
meminjam wang sama ada dengan cara overdraf bank atau selainnya bagi apa-apa maksud Badan Peguam Malaysia yang difikirkan berfaedah dari semasa ke semasa oleh Badan
Peguam Malaysia;
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
(d)
membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan cara memanggil mesyuarat agung Badan Peguam Malaysia dan tatacara bagi mesyuarat itu dan kaedah-kaedah itu hendaklah diluluskan dan boleh dipinda dengan ketetapan biasa dalam sesuatu mesyuarat agung Badan Peguam Malaysia; dan
(e)
melakukan semua perkara lain yang bersampingan dengan atau membawa kepada tercapainya atau bertambah baiknya tujuan Badan Peguam Malaysia.
(3)
Sebagai tambahan kepada mana-mana kaedah lain yang boleh dibuatnya di bawah Akta ini Badan Peguam Malaysia boleh membuat kaedah-kaedah untuk menguatkuasakan Bahagian ini.
Ahli Badan Peguam Malaysia dan Yuran
Peguam bela dan peguam cara ialah ahli Badan Peguam