Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 46

Yuran tahunan

(2)

Pada menetapkan yurannya, Majlis Peguam bebas membahagi ahli kepada kelas-kelas, dan memperuntukkan bahawa amaun yang berlainan hendaklah dibayar oleh kelas yang berlainan bagi tempoh yang berlainan dan pada amnya mengawal selia dan mengubah dari semasa ke semasa yuran yang kena dibayar oleh ahli atau oleh kelas ahli yang berlainan, sebagaimana yang difikirkan patut dan munasabah oleh Majlis Peguam.

(3)

Majlis Peguam boleh dari semasa ke semasa menetapkan levi yang kena dibayar oleh ahli bagi apa-apa tujuan Badan Peguam

Malaysia.

(4)

Jumlah yuran yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), levi yang kena dibayar di bawah subseksyen (3) dan caruman tahunan yang kena dibayar di bawah seksyen 80 tidak boleh dalam mana-mana tahun kalendar lebih daripada tiga ratus ringgit bagi setiap ahli tanpa kelulusan dua pertiga daripada ahli yang hadir dan mengundi sendiri dalam sesuatu mesyuarat agung Badan Peguam Malaysia.

(5)

Tanggungan untuk membayar apa-apa yuran tahunan kepada

Badan Peguam Malaysia bermula apabila yuran telah ditetapkan oleh

Majlis Peguam. Semua yuran tahunan kepada Badan Peguam Malaysia hendaklah dibayar pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.

(6)

Seseorang peguam bela dan peguam cara hendaklah, jika dia membayar yuran tahunannya selepas tarikh yang disebut dalam subseksyen (5), membayar kepada Majlis Peguam, sebagai tambahan

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

kepada yuran yang terhutang, suatu amaun yang senilai dengan yuran yang terhutang sedemikian itu.

Kehilangan Kelayakan Untuk Menjadi Ahli Majlis Peguam,

Jawatankuasa Peguam, dsb.

Kehilangan kelayakan untuk menjadi ahli Majlis Peguam, sesuatu

Jawatankuasa Peguam, atau mana-mana jawatankuasanya

46A. (1) Seseorang ahli hilang kelayakan untuk menjadi ahli Majlis

Peguam atau sesuatu Jawatankuasa Peguam, atau ahli mana-mana jawatankuasa Majlis Peguam atau mana-mana Jawatankuasa

Peguam—

(a)

(Dipotong oleh Akta A1269);

(b)

jika dia ialah seorang ahli Dewan Negara atau Dewan

Rakyat, atau seorang ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, atau seorang ahli mana-mana pihak berkuasa tempatan; atau

(c)

jika dia memegang apa-apa jawatan dalam—

(i)

mana-mana kesatuan sekerja; atau

(ii)

mana-mana parti politik; atau

(iii)

apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam

Malaysia atau di luar Malaysia, yang mempunyai tujuan atau menjalankan aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai berjenis, bercorak atau berbau politik, atau yang diisytiharkan oleh Peguam Negara melalui perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai suatu

 CATATAN—lihat subseksyen 3(3) dan (4) Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 1978 [Akta A419]

– mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1999.

Profesion Undang-Undang 75

pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang mempunyai tujuan itu atau menjalankan aktiviti itu.

(2)

Sesuatu perintah yang dibuat oleh Peguam Negara di bawah subperenggan 1(c)(iii) tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(3)

Jika seseorang ahli Majlis Peguam atau sesuatu Jawatankuasa

Peguam, atau ahli mana-mana jawatankuasa Majlis Peguam atau sesuatu Jawatankuasa Peguam, hilang kelayakan di bawah subseksyen (1), dia hendaklah apabila menjadi sedemikian disifatkan sebagai telah berhenti menjadi ahlinya itu dan sebagai telah mengosongkan apa-apa jawatan yang dipegang dalamnya.

Majlis Peguam

Penubuhan Majlis Peguam

Section 46 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my