Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(2)
Majlis Peguam hendaklah menetapkan dan menyiarkan dalam minggu pertama dalam bulan November pada tiap-tiap tahun dan memberitahu tiap-tiap ahli Badan Peguam Malaysia dengan surat mengenai—
(a)
nama calon yang dinamakan untuk pemilihan mengikut seksyen 49;
Profesion Undang-Undang 77
(b)
bilangan orang yang setiap ahli berhak mengundi;
(c)
hari terakhir bagi mengembalikan undi pos itu yang hendaklah hari terakhir dalam bulan November;
(d)
alamat untuk undi pos itu dikembalikan;
(e)
nama tiga orang pemeriksa.
(3)
Majlis Peguam hendaklah juga pada masa yang sama menghantar kepada tiap-tiap ahli suatu kertas undi mengandungi nama semua calon yang dinamakan di bawah seksyen 49.
(4)
Semua sampul surat yang mengandungi kertas undi yang diterima oleh Majlis Peguam hendaklah disimpan tanpa dibuka dan hendaklah diserahkan kepada pemeriksa pada hari bekerja yang pertama selepas hari terakhir dalam bulan November.
(5)
Pemeriksa hendaklah mengira kertas undi itu dan mengisytiharkan kepada Setiausaha Majlis Peguam orang yang dipilih tidak lewat daripada hujung minggu pertama dalam bulan Disember setiap tahun dan dengan itu Setiausaha Majlis Peguam hendaklah dengan serta-merta memberitahu setiap Jawatankuasa Peguam Negeri orang yang dipilih sedemikian itu.
(6)
Jika dengan cara tidak sengaja Majlis Peguam tidak mematuhi seksyen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat berkenaan dengan pemilihan bagi Majlis Peguam hal yang demikian tidak membatalkan sesuatu pemilihan.
Bila pemilihan disifatkan sebagai pemilihan