Malaysia legislation

Section 55

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 55

Seseorang ahli Majlis Peguam hendaklah mengosongkan jawatannya jika—

(a)

dia telah dipotong daripada Daftarai atau digantung daripada menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara; atau

(b)

dia menjadi bankrap atau tidak solven atau membuat komposisi dengan mana-mana pemiutang atau menggunakan atau cuba menggunakan faedah mana-mana undang-undang bertulis untuk melikuidasi aset atau hal ehwalnya; atau 80 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(c)

dia menjadi tidak sempurna akal; atau

(d)

dia meletakkan jawatannya dalam Majlis; atau

(e)

dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis Peguam berturut-turut tanpa sebab yang munasabah dan Majlis Peguam membuat ketetapan supaya dia dipecat daripada jawatan.

Kuasa Majlis

Kuasa dan perbuatan Majlis Peguam