Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Pengurusan Badan Peguam Malaysia dan pengurusan wangnya diletakhakkan pada Majlis Peguam; dan segala kuasa, perbuatan atau perkara yang tidak dibenarkan, diarahkan atau dikehendaki dengan nyata oleh Akta ini supaya dijalankan atau dilakukan oleh Badan
Peguam Malaysia dalam mesyuarat agung boleh, tertakluk kepada Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau apa-apa ketetapan yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Badan Peguam
Malaysia dalam mesyuarat agung, dijalankan atau dilakukan oleh Majlis
Peguam:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa ketetapan Badan Peguam
Malaysia boleh membatalkan apa-apa kuasa yang telah dijalankan atau apa-apa perbuatan atau perkara yang telah dilakukan terdahulu oleh
Majlis Peguam yang mungkin telah sah sekiranya ketetapan itu tidak diluluskan.