Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 57

Kuasa tertentu Majlis Peguam

Tanpa menjejaskan kuasa am yang diberikan oleh seksyen 56 atau kuasa tertentu untuk membuat kaedah-kaedah yang diberikan oleh mana-mana peruntukan lain Akta ini Majlis Peguam mempunyai kuasa—

(a)

membuat kaedah-kaedah bagi mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang tidak dikhaskan dengan nyata kepada

Profesion Undang-Undang 81

Badan Peguam Malaysia dalam mesyuarat agung sama ada perkara itu dinyatakan antara kuasanya atau tidak;

(b)

menjawab soalan yang menyentuh amalan dan kesopanan profesion undang-undang dan kelakuan ahli;

(c)

mengambil tahu akan apa-apa perkara yang menyentuh

Badan Peguam Malaysia atau kelakuan profesional ahlinya dan membawa ke dalam mana-mana mesyuarat agung

Badan

Peguam

Malaysia apa-apa perkara yang difikirkannya material kepada Badan Peguam Malaysia atau kepada kepentingan profesion dan membuat apa-apa syor dan mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkannya patut berhubung dengannya;

(d)

memeriksa dan jika difikirkannya patut membuat laporan mengenai undang-undang semasa atau undang-undang yang dicadangkan dan apa-apa perkara undang-undang yang lain;

(e)

mewakili ahli Badan Peguam Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana ahlinya yang tertentu dalam apa-apa perkara yang perlu atau suai manfaat;

(f)

dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada

Badan Peguam Malaysia dalam mesyuarat agung, memberi hadiah dan biasiswa untuk pelajar undang-undang dan menetapkan syarat bagi pemberiannya;

(g)

melantik pegawai, kerani, ejen dan pekhidmat untuk perkhidmatan tetap, sementara atau khas sebagaimana yang difikirkannya patut dan munasabah dari semasa ke semasa dan menentukan kewajipan dan tempoh perkhidmatan mereka;

(h)

membeli, menyewa atau selainnya memperoleh dan melengkapkan dengan perabot premis yang sesuai untuk kegunaan Badan Peguam Malaysia;

(i)

berhubung dari semasa ke semasa dengan pertubuhan seumpamanya yang lain dan dengan ahli profesion

82 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

undang-undang di tempat lain bagi maksud memperoleh dan menyampaikan maklumat mengenai semua perkara yang mungkin berfaedah atau memberi minat kepada ahli;

(j)

memulakan, menjalankan, membela, mengkompaun atau meninggalkan apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap Badan Peguam Malaysia atau pegawainya atau selainnya berkenaan dengan hal ehwal Badan Peguam

Malaysia dan mengkompaun dan memberi masa untuk membayar atau menunaikan apa-apa hutang yang kena dibayar atau apa-apa tuntutan atau permintaan yang dibuat oleh atau terhadap Badan Peguam Malaysia;

(k)

melabur dan menguruskan apa-apa wang Badan Peguam

Malaysia dari semasa ke semasa dalam sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis;

(l)

dari semasa ke semasa meminjam atau mendapatkan wang melalui overdraf bank atau selainnya dengan mengeluarkan debentur atau apa-apa sekuriti lain yang berasaskan semua atau mana-mana harta dan hak Badan Peguam Malaysia atau tanpa mana-mana sekuriti itu dan atas apa-apa terma tentang keutamaan atau selainnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis Peguam; dan

(m)

menjalankan apa-apa kuasa, keistimewaan dan budi bicara sebagaimana yang tidak dikehendaki secara nyata dan eksklusif oleh Akta ini dijalankan oleh ahli Badan Peguam

Malaysia dalam mesyuarat agung.

Pelantikan Jawatankuasa